Cetak
SH/SUKSEL/33-2026

KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN UNTUK PEMBANGUNAN PUSAT OPERASI KESELAMATAN SIBER SELANGOR (SOC) DI BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, PEJABAT SETIAUSAHA KERJAAN NEGERI SELANGOR

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab 1 Pegawai Bertanggungjawab 2
Nama Mohd Syakir Bin Mohd Ishak Nama Ts. Nurul Azilah Binti Jalil
E-mel syakir@selangor.gov.my E-mel nurulazilah@selangor.gov.my
No. Tel 03-55447562 No. Tel 03-55447910
Jabatan BPM SUK Selangor Jabatan BPM SUK Selangor
Tarikh Tajuk  
02/11/2026 SKOP H: KERJA-KERJA PEMINDAHAN PERALATAN & PERKAKASAN KE LOKASI BAHARU SERTA PENGUBAHSUAIAN STOR BAHARU Selanjutnya

Maklumat Sebut Harga

Petender Bahagian Pengurusan Maklumat
No. Sebut Harga SH/SUKSEL/33-2026
Tarikh Iklan 23 Oct 2026 - 5 Nov 2026
Tarikh Jual 28 Oct 2026 - 5 Nov 2026
Tarikh Tutup 5 Nov 2026
Masa Tutup 11:00 PM
Tempat Hantar PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, UNIT PENTADBIRAN, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, TINGKAT 18, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, 40503 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh & Masa Taklimat 28 Oct 2026 10:00
Alamat Taklimat BILIK MESYUARAT BUGINVILA, BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, TINGKAT 2, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, 40503 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Negeri    SELURUH MALAYSIA
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

** TARIKH TUTUP SEBUT HARGA ADALAH MERUJUK KEPADA DOKUMEN SEBUT HARGA IAITU PADA 11 NOVEMBER 2026 JAM 12 TGHARI **

 

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

 

Penyebut Harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai Sebut Harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebut Harga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

 

1.         Kelayakan Untuk Memasuki Sebut Harga

 

Syarikat yang hendak menyertai Sebut Harga ini hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan CIDB Malaysia dan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran di dalam skop kerja yang terlibat disertakan bersama-sama dengan tawaran. Jika tempoh pendaftaran telah atau pun hampir tamat, Penyebut Harga hendaklah mengemukan salinan surat daripada CIDB Malaysia yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan telah dibuat.

 

 

2.         Harga Tawaran

 

2.1.      Harga-harga yang ditawarkan Penyebut Harga adalah termasuk semua kos seperti pengangkutan, perkhidmatan, peralatan, insuran dan lain-lain yang bersangkutan dengan SEBUT HARGA KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN UNTUK PEMBANGUNAN PUSAT OPERASI KESELAMATAN SIBER SELANGOR (SOC) DI BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR (SH/SUKSEL/33-2026).

 

2.2.      Penyebut Harga dinasihatkan supaya memahami butir-butir kerja/ kawasan dan sebarang risiko yang mungkin berlaku yang boleh mempengaruhi harga kawasan. Pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menanggung sebarang pertambahan kenaikan harga; dan

 

2.3.      Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas sebut harga ini ditutup dan akan berkuat kuasa selama dalam tempoh sah laku Sebut Harga. Penyebut Harga yang berjaya ditawarkan Sebut Harga ini hendaklah mematuhi sepanjang masa kerja berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.

 

 

3.         Pertimbangan Tawaran

 

Tawaran ini akan dipertimbangkan berasaskan daya saing harga, keupayaan kewangan syarikat, pengalaman sebut harga dalam bidang kerja, rekod prestasi penyebut harga dan faktor-faktor tambahan lain yang mungkin berkaitan. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak akan terikat untuk menawarkan kontrak kepada penyebut harga yang menawarkan harga terendah.

 

 

4.         Peraturan Pembayaran

 

Tuntutan akan dimajukan ke Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima oleh Pentadbiran sekiranya tuntutan tersebut menepati peraturan-peraturan kewangan yang sedia ada, pembayaran akan dibuat di setiap peringkat berdasarkan amaun yang ditetapkan di Jadual Harga setelah kerja-kerja siap sepenuhnya. Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah Kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan mengembalikan Inden Kerja Asal.

 

 

5.         Surat Setuju Terima

 

Surat Setuju Terima (LOA) akan dihantar oleh Bahagian Khidmat Pengurusan kepada Penyebut Harga yang berjaya dan Surat Perakuan Penyebut Harga ke atas Surat Setuju Terima Sebut Harga itu akan dianggap sebagai Kontrak yang mengikat di antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Penyebut Harga tanpa mengambil kira sama ada Kontrak sebenar akan disempurnakan atau tidak.

 

 

6.         Pemeriksaan Tapak

 

Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis perkhidmatan bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan perkhidmatan, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangka dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat dari kegagalan kontraktor memenuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

 

 

7.         Peraturan Pelaksanaan Penghantaran Perkhidmatan

 

Perkhidmatan yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, pelan-pelan butir-butir perkhidmatan dalam Ringkasan Sebut Harga, syarat-syarat yang dinyatakan dalam dokumen Sebut Harga dan Arahan Pegawai Yang Diberi Kuasa atau wakilnya.

 

 

8.         Sub-Sewa dan Menyerah Hak Kerja

 

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahkan apa-apa faedah di bawah sebut harga ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Yang Diberi Kuasa.

 

 

 

9.         Penolakan Bahan, Barang dan Mutu Perkhidmatan Oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa

 

9.1.      Pegawai Yang Diberi Kuasa atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil perkhidmatan yang tidak menepati spesifikasi. Bahan-barang dan perkhidmatan yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri.

 

9.2.      Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.

 

9.3.      Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara penghantaran perkhidmatan yang telah ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Yang Diberi Kuasa secara bertulis.

 

 

10.       Ringkasan Sebut Harga

 

10.1.   Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga. Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semula kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penghantaran perkhidmatan yang sempurna.

 

10.2.   Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi penyelarasan harga akibat daripada perubahan harga kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah Sebut Harga atau dalam tempoh perkhidmatan.

 

10.3.   Sekiranya Sebut Harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga Sebut Harga diselaraskan.

 

 

11.       Percanggahan dan Kecukupan Dokumen Sebut Harga

 

11.1.   Dokumen Sebut Harga adalah dikira jelas menjelaskan antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan penghantaran dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut harga itu.

 

11.2.   Jika kontraktor mendapati apa-apa pencanggahan dalam Dokumen Sebut Harga dia hendaklah merujuk kepada pegawai yang diberikuasa untuk mendapatkan keputusan.

 

 

12.       Perubahan Kerja (VO)

 

12.1.   Pegawai Yang Diberi Kuasa boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan perkhidmatan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa boleh membatalkan Sebut Harga ini.

 

12.2.   Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa akan diukur dan dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/ Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa dan kontraktor hendaklah digunakan.

 

 

13.       Penamatan Pelantikan Kontraktor

 

13.1.   Pegawai Yang Diberi Kuasa berhak membatalkan Pesanan Kerajaan sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Yang Diberi Kuasa;

 

a)         sekiranya Kontraktor gagal menghantar perkhidmatan dalam tempoh masa penghantaran atau dalam tempoh lanjutan masa yang diberikan;

 

b)         kemajuan penghantaran perkhidmatan terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

 

c)         penggantungan pelaksanaan keseluruhan atau sebahagian perkhidmatan, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

 

d)         tidak mematuhi arahan Pegawai Yang Diberi Kuasa tanpa apa-apa sebab yang munasabah; dan

 

e)         apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

 

13.2.   Sekiranya pelantikan Kontraktor ditamatkan pengesyoran tindakan tatatertib oleh Kementerian Kewangan akan diambil terhadap Kontraktor.

 

 

14.       Pematuhan Kepada Undang-Undang Oleh Kontraktor

 

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan perkhidmatan. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.

 

 

 

15.       Pemotongan Pembayaran

 

Kerja MESTILAH disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh pemilikan tapak bina. Kegagalan pihak kontraktor menyiapkan kerja dalam tempoh tersebut atau dalam masa yang dilanjutkan oleh Pegawai Penguasa secara bertulis serta pelbagai kesalahan lain yang ditemui, maka pemotongan pembayaran akan dilaksanakan.

 

Potongan harga akan dibuat berdasarkan ringkasan harga tawaran sekiranya:

 

i.          kerja-kerja tersebut tidak disempurnakan sepenuhnya; dan

ii.         tidak mematuhi perkara di dalam jadual harga dan skop kerja.

 

 

16.       Mengganti Peralatan Yang Pecah/Rosak/Hilang

 

Kontraktor adalah dikehendaki membayar ganti rugi atau menggantikan alat-alat/harta benda milik premis Bangunan SSAAS atau pelawat/peserta kursus atau pihak yang berurusan dalam premis Bangunan SSAAS yang dirosakkan/pecah/hilang atas kecuaian atau disebabkan oleh pekerja-pekerja pihak Kontraktor dalam tempoh perkhidmatan, sekurang-kurangnya dalam bentuk barang-barang yang sama. Kegagalan membuat penggantian akan menyebabkan potongan bayaran bulanan dibuat berasaskan harga asal barangan berkenaan. Dalam keadaan ini, sebarang bantahan dan rayuan tidak akan dipertimbangkan.

 

 

17.       Proses Pengenalan Tugas

 

Satu proses pengenalan tugas akan diadakan sebelum kerja sebenar bermula tanpa sebarang bayaran. Proses pengenalan tugas hendaklah dilakukan bersama dengan Pegawai Penguasa atau wakil/wakil-wakilnya. Antara perkara-perkara yang akan dilakukan ialah:

 

i.          mengemukakan senarai butir-butir pekerja serta Penyelia yang bertugas;

ii.         menyediakan jadual tugas;

iii.        mempamerkan alat-alat yang dimiliki oleh Kontraktor;

iv.        menyerahkan contoh-contoh bahan yang diperlukan kepada Pegawai Penguasa atau wakil / wakil-wakilnya;

v.         membuat jadual kerja mengikut kawasan dan tugas-tugas yang akan dijalankan; dan

vi.        Kontraktor hendaklah menyediakan pekerja dan peralatan dikehendaki oleh Pegawai Penguasa.

 

 

18.       Tapak Kerja

 

Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

 

 

19.       Penamatan Kontraktor Daripada Pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

 

Tiada apa-apa peruntukan di dalam Kontrak ini boleh mengecualikan kuasa Pegawai Penguasa daripada Pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menamatkan Kontrak ini yang pada pandangannya wajar tanpa memberi apa-apa sebab dengan memberi SATU (1) bulan notis bertulis kepada Kontraktor.

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 BILIK MESYUARAT BUGINVILA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, TINGKAT 2, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, 40503 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN 28 Oct 2026 10:00

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G4) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM3,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB B28 KERJA UBAHSUAI

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis