Utama > Berita > RALAT
RALAT

SKOP H: KERJA-KERJA PEMINDAHAN PERALATAN & PERKAKASAN KE LOKASI BAHARU SERTA PENGUBAHSUAIAN STOR BAHARU

SKOP H: KERJA-KERJA PEMINDAHAN PERALATAN & PERKAKASAN KE LOKASI BAHARU SERTA PENGUBAHSUAIAN STOR BAHARU

BIL PERKARA UNIT KUANTITI KADAR (RM) JUMLAH (RM)
KERJA PEMINDAHAN PERALATAN DAN PERKAKASAN DI DALAM STOR KE LOKASI BAHARU
1. Kerja-kerja membekal tenaga kerja dan peralatan kerja yang berkaitan untuk memindahkan semua peralatan, barangan dan kelengkapan sedia ada dari tapak kerja ke stor sementara Bahagian Pengurusan Maklumat HB HB    
2. Kerja-kerja memindahkan semua aset, peralatan, barangan dan kelengkapan sedia ada dari tapak kerja ke stor sementara dengan memastikan tidak mengalami sebarang kerosakan dan kehilangan sepanjang proses pemindahan sehingga selesai dengan sempurna        
3. Kerja-kerja memindahkan semua aset, peralatan, barangan dan kelengkapan sedia ada dari stor sementara ke lokasi bersesuaian dengan memastikan tidak mengalami sebarang kerosakan dan kehilangan sepanjang proses pemindahan dilaksanakan.        
KERJA PENGUBAHSUAIAN STOR BAHARU DI BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
4. Kerja-kerja membekal tenaga kerja, pengangkutan dan peralatan kerja yang berkaitan untuk membina stor sementara Bahagian Pengurusan Maklumat untuk menyimpan segala aset, peralatan, barangan, kelengkapan lain-lain yang sedia ada yang dipindahkan dari tapak kerja HB HB    
5. Kerja-kerja membekal dan membina dinding stor sementara di ruang belakang Bahagian Pengurusan Maklumat dengan menggunakan gypsum 12mm termasuk kerangka logam dan segala kelengkapan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Pegawai Penguasa atau wakilnya Lot 1    
6. Kerja membekal dan membina kaunter terimaan barang di bahagian hadapan stor lengkap dengan rangka sokongan, permukaan kaunter (counter top) serta bukaan kaunter bagi tujuan penerimaan dan penyerahan barang mengikut arahan Pegawai Penguasa atau wakilnya Lot 1    
7. Kerja-kerja mengecat dinding gypsum dengan satu (1) lapisan alas dan satu (1) lapisan emulsi pada keseluruhan dinding sehingga sempurna mengikut arahan Pegawai Penguasa atau wakilnya Lot 1    
8. Kerja membekal dan memasang pintu jenis solid bagi pintu masuk termasuk bingkai alumunium, door closer, keperluan kunci dan lain-lain berkaitan seperti dikehendaki Pegawai Penguasa Nos 1    
9. Kerja menambah baik permukaan dinding baharu, membaiki kerosakan pada permukaan lantai, siling dan dinding sedia ada yang terlibat akibat kerja pembinaan serta membersihkan keseluruhan kawasan kerja sehingga sempurna mengikut arahan Pegawai Penguasa atau wakilnya Lot 1    

Nota:

Penyebut harga MESTILAH memberikan jaminan terhadap mutu dan kualiti kerja-kerja penyediaan stor baharu bagi tempoh sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan dari tarikh kerja siap dan diterima oleh Pegawai Penguasa.

Sepanjang tempoh jaminan tersebut, Penyebut harga MESTILAH membaiki atau menggantikan, tanpa sebarang kos tambahan kepada pihak Kerajaan, sebarang kerosakan, kecacatan atau kegagalan kerja yang berpunca daripada mutu bahan, pemasangan atau pelaksanaan kerja oleh Penyebut harga.

Segala kerja pembaikan MESTILAH dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pegawai Penguasa sehingga kerosakan atau kecacatan tersebut diselesaikan dengan sempurna.