Cetak Manual Ini
## PENDAFTARAN SYARIKAT
Klik pautan "Daftar Akaun" di atas sebelah kanan Laman Utama.
![](/docs/public/content/images/registration/register1.png)
Jika no pendaftaran syarikat tidak berdaftar di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0,
sistem akan membenarkan pengguna mendaftar. Isikan maklumat di dalam tab
"Pengesahan Alamat Emel". Klik butang "Sahkan Alamat Emel".
Dinasihatkan untuk menggunakan alamat emel umum untuk sesebuah syarikat.
Alamat emel ini akan digunakan untuk log masuk ke dalam sistem dan membeli
tender/sebut harga bagi pihak syarikat tersebut.
Satu syarikat hanya dibenarkan mempunyai satu akaun login di dalam sistem ini.
![](/docs/public/content/images/registration/register2.png)
Sistem akan memaparkan notifikasi "Akaun anda telah didaftarkan. Sila semak email untuk pengesahan akaun."
![](/docs/public/content/images/registration/register3.png)
Login kepada emel yang didaftarkan tadi dan klik pada link di dalam email yang dihantar oleh SISTEM TENDER ONLINE SELANGOR 2.0.
Jika tiada emel di dalam "Inbox", Sila semak emel di dalam "Spam" anda dan sila tukar tetapan
untuk alamat emel dari SISTEM TENDER ONLINE SELANGOR 2.0 untuk tidak dianggap sebagai "Spam"
supaya anda dapat menerima emel notifikasi dari sistem di dalam "Inbox" pada masa akan datang.
![](/docs/public/content/images/registration/emailregister.png)
Sistem akan memaparkan notifikasi "Akaun anda telah disahkan. Sila log masuk."
Peringatan : Jika anda tidak mengesahkan emel ini lebih dari 3 bulan,sistem akan automatik
menghapuskan rekod pendaftaran anda dan anda harus mendaftar sekali lagi.
Isikan maklumat lengkap untuk "Pendaftaran Syarikat":-Maklumat Syarikat . Maklumat yang bertanda * merupakan maklumat wajib diisi. Klik pada butang "Seterusnya" untuk sistem memaparkan tab maklumat seterusnya.
![](/docs/public/content/images/registration/register4.png)
Isikan maklumat lengkap untuk "Pendaftaran Syarikat":- Pegawai .Klik pada butang "Seterusnya" untuk sistem memaparkan tab maklumat seterusnya.
![](/docs/public/content/images/registration/register5.png)
Isikan maklumat lengkap untuk "Pendaftaran Syarikat":- MOF .Klik pada butang "Seterusnya" untuk sistem memaparkan tab maklumat seterusnya.
![](/docs/public/content/images/registration/warning.png)
Maklumat Kod bidang boleh dimasukkan lebih dari satu. Klik di dalam kotak tersebut dan masukkan
no kod bidang. Sistem akan secara automatik menyenaraikan keputusan carian. Klik pada mana-mana
keputusan carian untuk memilih maklumat tersebut.
![](/docs/public/content/images/registration/mof.png)
Untuk menghapus maklumat kod bidang tertentu, klik pada kod bidang dan tekan kekunci "delete" ![](/docs/public/content/images/registration/delete.png) di papan kekunci anda. Jika ingin menghapus melebihi dari satu,Sila tekan kunci Ctrl (di papan kekunci)
![](/docs/public/content/images/registration/ctrl.png) + butang kiri tetikus untuk memilih.
![](/docs/public/content/images/registration/lebih.png)
Isikan maklumat lengkap untuk "Pendaftaran Syarikat":-CIDB . Jika ada.
![](/docs/public/content/images/registration/cidb_baru.png)
Isikan maklumat lengkap untuk "Pendaftaran Syarikat":-Pemegang Saham . Sila klik butang "Simpan" setelah memasukkan setiap data pemegang saham.
![](/docs/public/content/images/registration/register7.png)
Isikan maklumat lengkap untuk "Pendaftaran Syarikat":- Fail . Maklumat lanjut untuk [Cara membuat fail pdf](/manuals/membuat_pdf).
Peringatan : Sila muat naik dokumen mengikut kategori masing-masing seperti gambar di bawah.
Hanya fail beformat PDF dan bersaiz maksimum 5MB setiap satu dibenarkan untuk dimuat naik.
Sijil SSM ialah wajib.
![](/docs/public/content/images/registration/upload.png)
Klik butang "Hantar" setelah selesai.
Klik butang "Pasti" untuk menghantar pendaftaran syarikat.
![](/docs/public/content/images/registration/setuju.png)
Sistem akan memaparkan notifikasi seperti gambar di bawah. Sistem akan menghantar emel mengenai pendaftaran syarikat anda diluluskan atau tidak.
Peringatan : Anda tidak boleh membuat kemaskini maklumat syarikat dan juga tidak boleh membeli mana-mana
tender secara dalam talian selagi pendaftaran anda tidak diluluskan oleh "Agensi Pengesahan".
![](/docs/public/content/images/registration/success_register.png)
Anda boleh log masuk ke dalam sistem pada bila-bila masa pada masa ini, dan akan nampak notifikasi seperti di bawah ini menyatakan pendaftaran anda masih dalam proses pengesahan. Pada masa ini anda tidak dapat membeli mana-mana tender secara dalam talian sehinggalah pendaftaran anda diluluskan.
![](/docs/public/content/images/pengesahan/dlm_pengesahan.png)