Cetak
MPKj T25/2025

PEMBELIAN TIGA (3) UNIT LORI JENIS KARGO BESERTA TAILLIFT UNTUK KEGUNAAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG BAGI TAHUN 2025

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab 1 Pegawai Bertanggungjawab 2
Nama MUHAMAD AIDIL FAIZIN BIN MOHD MAZNI Nama SITI SARAHNIZA BINTI ZAINOL
E-mel aidilfaizin@mpkj.gov.my E-mel sarahniza@mpkj.gov.my
No. Tel 03-87377899 No. Tel 03-87377899
Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Tarikh Tajuk  
03/07/2025 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG: ADDENDA NO.1 KEPADA DOKUMEN TENDER MPKj T25/2025 Selanjutnya

Maklumat Tender

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Tender MPKj T25/2025
Tarikh Iklan 26 Jun 2025 - 21 Jul 2025
Tarikh Jual 30 Jun 2025 - 21 Jul 2025
Tarikh Tutup 21 Jul 2025
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Dokumen Tawaran dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier.
Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebut Harga/ Tender), Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Kebenaran Khas
Syarikat Negeri    SELURUH MALAYSIA
Harga Dokumen RM 150.00

Syarat Tender

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan:

DOKUMEN MEJA TAWARAN

Petender boleh merujuk Dokumen Meja Tawaran di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di https://www.mpkj.gov.my/index.php/ms/.

Petender terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara dalam talian di laman sesawang https://tender.selangor.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.

Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

Pembelian Dokumen Tawaran secara dalam talian adalah wajib melampirkan salinan resit asal bayaran dan no siri dokumen semasa tarikh tutup tender. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 30 JUN 2025 HINGGA 21 JULAI 2025. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 21 JULAI 2025 (ISNIN) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:

                                                                          Yang Dipertua

                                                                Majlis Perbandaran Kajang

                                                                (Peti Sebut Harga/ Tender)

                                                                              Tingkat 4

                                                Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan

                                                         Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih

                                                                      Off Jalan Semenyih

                                                                           43000 Kajang

                                                                    Selangor Darul Ehsan

Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

Pihak tuan/ puan digalakkan menghantar Dokumen Tawaran seawal lima (5) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan.

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 110104 PENGANGKUTAN, KOMPONEN DAN AKSESORI > KENDERAAN BERMOTOR DAN TIDAK BERMOTOR > LORI

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis