SEWAAN DAN CAJ BACAAN METER BAGI MESIN PENYALIN CETAKAN DIGITAL HITAM PUTIH SERTA BERWARNA JENIS HEAVY DUTY, MEDIUM DUTY DAN LIGHT DUTY UNTUK MAJLIS PERBANDARAN KAJANG BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DENGAN PILIHAN LANJUTAN SATU (1) TAHUN (3+1 TAHUN)
Pegawai Bertanggungjawab 1 | Pegawai Bertanggungjawab 2 | ||
---|---|---|---|
Nama | SITI SARAHNIZA BINTI ZAINOL | Nama | MUHAMAD AIDIL FAIZIN BIN MOHD MAZNI |
E-mel | sarahniza@mpkj.gov.my | E-mel | aidilfaizin@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 | No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN | Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
06/09/2024 | MAJLIS PERBANDARAN KAJANG: ADDENDA NO.1 KEPADA DOKUMEN TENDER MPKj T20/2024 | Selanjutnya |
Maklumat Tender
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Tender | MPKj T20/2024 |
Tarikh Iklan | 21 Aug 2024 - 12 Sep 2024 |
Tarikh Jual | 22 Aug 2024 - 12 Sep 2024 |
Tarikh Tutup | 12 Sep 2024 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier. Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebut Harga/ Tender), Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Negeri | SELURUH MALAYSIA |
Harga Dokumen | RM 200.00 |
Syarat Tender
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan.
DOKUMEN MEJA TAWARAN
Petender boleh merujuk Dokumen Meja Tawaran di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di https://www.mpkj.gov.my.
Petender terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara dalam talian di laman sesawang https://tender.selangor.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara dalam talian adalah wajib melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup tender. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 22 OGOS 2024 HINGGA 12 SEPTEMBER 2024. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 12 SEPTEMBER 2024 (KHAMIS) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
(Peti Sebut Harga/ Tender)
Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih
Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Pihak tuan/ puan digalakkan menghantar Dokumen Tawaran seawal lima (5) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan.
LAWATAN TAPAK
Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Petender dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan tender bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan tender disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF |
020201 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI > MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI ATAU 020299 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI > PEMBUAT (MESIN-MESIN PEJABAT & AKSESORI) ATAU 220201 PERKHIDMATAN > PENYELENGGARAAN/PEMBAIKAN MESIN, PERABOT PEJABAT/ KEDIAMAN > MESIN-MESIN PEJABAT/KEDIAMAN ATAU 221502 PERKHIDMATAN > PENYEWAAN DAN PENGURUSAN > MESIN DAN PERALATAN PEJABAT ATAU 222010 PERKHIDMATAN > EDITORAL, REKABENTUK GRAFIK, SENI HALUS DAN HARTA INTELEK > FOTOSTAT |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|