KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI JALAN PASIR EMAS 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, JALAN CENDANA 1, 2, 3, 4, 5 DAN 6, ZON 8, KAJANG, DAERAH HULU LANGAT SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DENGANNYA
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
03/08/2022 | MAJLIS PERBANDARAN KAJANG: TAWARAN SEMULA BAGI TENDER MPKj T 11/2022 | Selanjutnya |
Maklumat Tender
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Tender | MPKj T 11/2022 |
Tarikh Iklan | 26 Apr 2022 - 18 May 2022 |
Tarikh Jual | 27 Apr 2022 - 18 May 2022 |
Tarikh Tutup | 18 May 2022 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier. Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 250.00 |
Syarat Tender
Tawaran ini adalah dipelawa
kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred,
kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera
dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan
Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis
pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat
juga perlu berdaftar dengan Unit
Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat
masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan.
DOKUMEN MEJA
TERKAWAL
Petender boleh merujuk Dokumen Meja
Terkawal di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di http://www.mpkj.gov.my/ms.
Petender terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman
sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan
email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan
resit asal bayaran semasa tarikh tutup tender. Resit tersebut hendaklah
dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran
adalah pada 27 APRIL 2022 HINGGA 18 MEI
2022. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap
diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan
tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke
dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan
memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM
atau PADA 18 MEI 2022 (RABU) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
(Peti Sebutharga/ Tender)
Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Sebarang kelewatan yang timbul dalam
urusan tersebut tidak akan dilayan.
Pihak tuan/ puan hendaklah lengkap divaksinasi dengan 2 dos
dan telah melepasi tempoh masa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen Tawaran dan digalakkan untuk
menghantar Dokumen Tawaran seawal lima (5) hari bekerja sebelum tarikh tutup
yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan Prosedur Operasi Standard
(SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar Dokumen
Tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal dipatuhi dan tidak dibenarkan
menghantar Dokumen Tawaran secara berkumpulan.
LAWATAN TAPAK
Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Petender dinasihatkan
supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan tender bagi mengetahui lebih
lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat
kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan tender disebabkan
kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.
Kod-Kod Bidang
Gred CIDB |
|
---|---|
Bidang Pengkhususan CIDB |
CE01 PEMBINAAN JALAN DAN PAVMEN DAN CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM |
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|