PELUPUSAN KENDERAAN MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA BIL.1/2021 BAGI KENDERAAN PERODUA KEMBARA BERNOMBOR PENDAFTARAN – BHM 6394
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Ahmad Azri Bin Abdul Hamid |
E-mel | ahmad.azri@mbsj.gov.my |
No. Tel | 03-80264382 |
Jabatan | KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Bandaraya Subang Jaya |
---|---|
No. Sebut Harga | MBSJ.KUB.400-5/6/194 |
Tarikh Iklan | 16 Mar 2022 - 29 Mar 2022 |
Tarikh Jual | 16 Mar 2022 - 29 Mar 2022 |
Tarikh Tutup | 29 Mar 2022 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditanda No.Sebut Harga (Seperti dinyatakan di iklan tawaran) dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Ruang Legar Pintu Masuk Lobi Aras 1, (Hadapan Arena MBSJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya, Persiaran Perpaduan USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tarikh tutup sebut harga adalah pada 29 Mac 2022 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan. |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 0.00 |
Syarat Sebut Harga
Aset boleh dilihat pada 16 Mac 2022 (Rabu) hingga 28 Mac 2022 (Isnin) di antara jam 10.00 pagi hingga 04.00 petang di Bengkel Kejuruteraan MPSJ, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor.
Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari. Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut harga Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA 25) dan boleh diperolehi di lokasi seperti berikut:-
a) Bengkel Kejuruteraan MPSJ, Jalan TP2, Taman
Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor
b) Laman Web Majlis Perbandaran Subang Jaya di
www.mpsj.gov.my
c)Laman Web e-tender Selangor di
https://tender.selangor.my
d) OCPS MPSJ (untuk kakitangan sahaja)
SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA PELUPUSAN KENDERAAN MBSJ
1. Semua aset kenderaan tersebut akan dijual tertakluk kepada harga simpanan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga harga kenaan cukai kastam oleh pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) (bagi aset kenderaan No. Pendaftaran BJF 4040, BJH 371, BKQ 645 sahaja) yang perlu dibayar oleh petender sebelum proses pertukaran hakmilik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
2. Petender adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 10% daripada harga tawaran bagi setiap satu aset. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk draf bank sahaja atas nama MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA yang perlu disertakan bersama-sama Dokumen Tawaran Sebut harga dan juga dokumen lampiran yang berkaitan. (bayaran secara Tunai/Wang Pos/Cek dan lain-lain adalah tidak diterima)
3. Tawaran tanpa / kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
4. Dokumen tawaran petender bagi setiap kenderaan wajib disertakan Borang Tuntutan Cagaran dan Borang Pendaftaran Maklumat Syarikat / Individu yang telah lengkap diisi dan dilampirkan bersama salinan kad pengenalan, penyata bank dan salinan sijil SSM (syarikat sahaja).
5. Semua aset kenderaan adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis) dan MBSJ tidak akan bertanggungjawab ke atas aset yang dijual tersebut.
6. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset kenderaan seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut keluar dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh petender sendiri.
7. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan atau maklumbalas daripada MBSJ dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh iklan ditutup, maka tawaran petender dianggap tidak berjaya dan pemulangan wang cagaran deposit akan dibuat kepada petender dalam tempoh yang sama.
8. Hanya petender yang berjaya sahaja yang akan dihubungi dan dikehendaki membuat pembayaran penuh dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pemberitahuan keputusan / surat tawaran penjualan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, tawaran penjualan akan terbatal dan deposit sebut harga juga tidak akan dikembalikan.
9. Petender yang berjaya hendaklah mengambil / membawa keluar aset tersebut dari premis MBSJ dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh bayaran penuh dibuat dan seterusnya menguruskan urusan PUSPAKOM (sekiranya berkaitan) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pengambilan aset.
10. Urusan pertukaran hakmilik di Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) oleh MBSJ adalah tertakluk kepada penyelesaian urusan PUSPAKOM oleh
petender. (sekiranya berkaitan). Petender akan dimaklumkan untuk membuat
urusan ‘thumbprint’ pemunya baru di JPJ (slip pengesahan tukar
hakmilik JPJ akan diberikan) setelah urusan ‘thumbprint’ pemunya
lama (MBSJ) selesai di JPJ.
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|