Syarat Sebut Harga
Tawaran adalah dipelawa daripada
kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran
(SPP) dan Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan
pengkhususan berkaitan serta berdaftar dengan Unit
Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) dan masih dibenarkan membuat
tawaran bagi perkara berikut :
Dokumen Meja Tawaran boleh dirujuk di
Kaunter Informasi, Aras 1, MBSJ, Persiaran Perpaduan USJ 5, 47610 Subang
Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Dokumen sebut harga hanya
boleh diperolehi secara dalam talian melalui laman sesawang di
http://tender.selangor.my dengan harga RM100.00 senaskah. Petender
juga adalah diminta untuk mengemaskini maklumat-maklumat syarikat di dalam
laman sesawang tersebut.
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi
hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan bertanda dengan tajuk
kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender/Sebut harga di
Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Aras 3, Majlis Bandaraya Subang Jaya
sebelum jam 12.00 tengah hari.
Adalah dimaklumkan juga bahawa, selaras dengan arahan dari pihak kerajaan berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), semua penyerahan dokumen tender/sebut harga hendaklah diserahkan selepas tempoh PKPD/PKP/PPN tamat
dan tarikh tutup akan dimaklumkan dari masa ke semasa sepertimana di
dalam Sistem Tender Online Selangor. Petender dimohon untuk sentiasa
menyemak dari masa ke semasa tarikh tutup sebenar di dalam Sistem ini.
Selain dari itu, dokumen tender/sebut harga juga boleh dihantar dengan menggunakan
perkhidmatan Pos Berdaftar/Kurier dan petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah
ditetapkan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada tarikh
tutup tender/sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari.
Sebarang
kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut
tidak akan dilayan. Ini adalah bagi tujuan pematuhan MBSJ kepada Garis Panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan.