KERJA-KERJA MEMBAIKI SEMULA LONGKANG YANG ROSAK DI JALAN WAWASAN 1, 9, 10 DAN 12, TAMAN WAWASAN, SEKSYEN 14, BANDAR BARU BANGI, DAERAH HULU LANGAT SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DENGANNYA
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj S 20/2021 |
Tarikh Iklan | 17 Mar 2021 - 1 Apr 2021 |
Tarikh Jual | 18 Mar 2021 - 1 Apr 2021 |
Tarikh Tutup | 1 Apr 2021 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Alamat Pos : Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan. |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | HULU LANGAT SAHAJA |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan.
DOKUMEN MEJA TERKAWAL
Dokumen Meja Terkawal boleh disemak di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my
Penyebutharga terlebih
dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Sila pastikan MAKLUMAT
SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam
Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
Pembelian Dokumen
Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran
semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di
mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen
Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 18 MAC 2021 HINGGA 1 APRIL 2021.
Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah
lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda
dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan
ke dalam Peti Tawaran di Bahagian
Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor
Darul Ehsan SEBELUM atau
PADA 1 APRIL 2021 (KHAMIS) JAM 12.00 TENGAHARI. Jika Dokumen Sebutharga tidak diserahkan dengan tangan,
Penyebutharga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan POS supaya tiba pada atau sebelum masa yang ditetapkan di
alamat Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebutharga/ Tender), Tingkat 6A, Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan.
Penyebutharga diminta
untuk mendapatkan kebenaran dari pihak berwajib bagi urusan rentas negeri atau
daerah dan ditunjukkan semasa sekatan jalan raya sekiranya perlu. Pihak
tuan/puan digalakkan untuk menghantar dokumen tawaran seawal tiga (3) hari
bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi memastikan
Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
semasa menghantar dokumen tawaran seperti memastikan penjarakan fizikal
dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar dokumen tawaran secara berkumpulan.
LAWATAN TAPAK
Lawatan tapak adalah tidak
diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak
projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai
keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam
menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan
pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.
Dalam hal ini, sekiranya Penyebutharga mahu melawat sendiri kawasan atau
tapak berkenaan, amalan penjarakkan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian
‘face mask’ perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kod-Kod Bidang
Gred CIDB |
|
---|---|
Bidang Pengkhususan CIDB |
CE01 PEMBINAAN JALAN DAN PAVMEN
DAN CE34 KERJA PEMASANGAN KONKRIT PRA TUANG |
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis | |
---|---|---|---|
SEKSYEN 14, BANDAR BARU BANGI | 1.24 MB | application/pdf | Muat Turun |
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |