BEKALAN PERABOT DAN LENGKAPAN YANG LAIN UNTUK MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR BAGI TAHUN 2020
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Roslan Bin Abd Rahman |
E-mel | ros.abdrahman@yahoo.com |
No. Tel | 03 6064 1331 |
Jabatan | Bahagian Perolehan |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
---|---|
No. Sebut Harga | SH KP 144/ 2020 |
Tarikh Iklan | 7 Sep 2020 - 14 Sep 2020 |
Tarikh Jual | 7 Sep 2020 - 14 Sep 2020 |
Tarikh Tutup | 14 Sep 2020 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
Bahagian Lobi, MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR Jalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Bumiputera Sahaja | |
Harga Dokumen | RM 100.00 |
Syarat Sebut Harga
SYARAT-SYARAT
SEBUT HARGA
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas
yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang
berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak
atau diuba dengan khususnya oleh penyebut harga
1.
PEMBEKALAN
Pembekal
hendaklah membekal CADANGAN BEKALAN
PERABOT DAN LENGKAPAN YANG LAIN UNTUK MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR BAGI TAHUN 2020
bagi tempoh
yang ditetapkan seperti di dalam perjanjian / kontrak dan hendaklah mengikut
spesifikasi dan arahan serta kelulusan Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu
Selangor atau wakil yang diberi kuasa olehnya.
2.
HARGA
Harga
yang ditawarkan hendaklah harga bersih tidak termasuk semua diskaun dan kos
tambahan yang berkaitan.
3.
BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang
setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.
4.
PERSETUJUAN
i.
Majlis
Daerah Hulu Selangor tidak terikat untuk setuju terima Sebut harga yang
terendah atau mana-mana Sebut harga dan;
ii.
Penyebut
harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila
dikehendaki.
5.
PELAKSANAAN PEMBEKALAN
i.
Pembekalan
oleh pihak syarikat adalah bergantung kepada jumlah yang dipesan oleh pihak
Majlis Daerah Hulu Selangor.
ii.
Pihak
Majlis Daerah Hulu Selangor akan membuat pesanan awal dan tarikh pesanan juga
boleh berubah mengikut keperluan sediaada di MDHS sebelum sesuatu pesanan
pembekalan dilaksanakan oleh pihak syarikat.
iii.
Jumlah
anggaran boleh berubah mengikut pesanan yang dibuat oleh pihak Majlis Daerah
Hulu Selangor bagi setiap unit yang dinyatakan. Walaubagaimanapun harga tawaran
tidak boleh diubah kecuali dipersetujui oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.
iv.
Bekalan
yang dipesan hendaklah dibekalkan tidak lewat dari tempoh 7 hari selepas tarikh
borang pesanan diterima oleh Kontraktor/Pemborong/Pembekal. Sekiranya terdapat
kelewatan, pihak MDHS berhak mengenakan denda lewat mengikut kiraan seperti
berikut:
RM 30.00/sehari (denda lewat
LAD)
6.
BURUH DAN PERALATAN KERJA
Pihak pembekal hendaklah membekal semua buruh dengan alat-alat kerja dan
pengangkutan yang diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini
dan semua ini disediakan atas tanggungan dan dibiayai pembekal sendiri.Bagi
memastikan kerja-kerja ini dapat diselenggara dengan teratur dan memuaskan,
maka semua alatan kerja dan pengangkutan hendaklah disimpan setiap masa,
dibaiki dan diselenggarakan dengan baik oleh kontraktor sendiri.
7.
PENGAWASAN OLEH KONTRAKTOR
Pihak pembekal hendaklah
melantik seorang wakil yang cekap untuk menjadi pengawas/wakil pembekal semasa
ketiadaannya dan arahan yang diberikan kepada wakilnya hendaklah menjadi
tanggungjawab pihak pembekal atau wakilnya hendaklah apabila diminta hadir ke
pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor untuk memberi laporan kemajuan kerjanya dan
menerima arahan daripada Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau
wakilnya yang diberi kuasa olehnya.
8.
HALANGAN
Pihak pembekal hendaklah
menentukan bahawa tidak ada kesusahan atau halangan yang timbul kepada orang
ramai atau awam waktu menjalankan pekerjaan.
9.
PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI
TELAH DIPATUHI
Penyebut harga dikehendaki meperakui
bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut
spesifikasi atai piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
10.
PENOLAKAN
i.
Barang
yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah
dipersetujui Sebut harganya boleh ditolak;
ii.
Apabila
diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu
dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri dan ia hendaklah
membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan
mengenai bekalan yang ditolak itu;dan
iii.
Fasa-kecil
(i) dan (ii) di atas ini tidak memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk
mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
11.
PERNYATAAN, WARANTI DAN AKU
JANJI KONTRAKTOR
i.
Kontraktor/Pemborong/Pembekal adalah dikehendaki membekal CADANGAN BEKALAN PERABOT DAN LENGKAPAN YANG LAIN UNTUK
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR BAGI TAHUN 2020
ii.
seperti yang
ditentukan di spesifikasi bekalan yang disediakan di dalam kontrak/Sebut harga
ini termasuk apa-apa arahan, perubahan, pindaan atau tambahan kerja yang
ditentukan oleh Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang
diberi kuasa olehnya dari masa ke semasa.
iii.
Sebaik sahaja Sebut
harga / kontrak ini ditandatangani, pembekal hendaklah mengemukakan salinan
dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Majlis bagi menjalankan kerja-kerja
kontrak kepada Majlis untuk tujuan rekod dan beberapa pematuhan syarat seperti
berikut;
a)
Sekiranya pembekal
menggunakan khidmat pekerja-pekerja yang terdiri daripada warganegara asing, pembekal
hendaklah mengemukakan kepada Majlis senarai nama pekerja yang diambil oleh pembekal
bagi kerja-kerja kontrak berserta dengan sesalinan passport dan permit kerja.
b)
Bagi menjalankan
kerja-kerja di bawah kontrak ini, pembekal adalah pada bila-bila masa dilarang
mengambil bekerja, mana-mana pekerja yang sedang berkhidmat dengan Majlis sama
ada tetap, sementara kontrak atau sambilan.
c)
Salinan perakuan kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
d)
Salinan pendaftaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).
e)
Salinan pendaftaran perniagaan/syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM).
f)
Salinan Jadual Kerja-kerja Bekalan yang ditetapkan oleh pembekal dan dipersetujui
oleh Majlis.
g)
Menyediakan peralatan yang sesuai, sempurna dan mencukupi serta
sesalinan inventori diserahkan kepada Majlis.
h)
Mendapatkan kelulusan daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor
atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya akan contoh-contoh bahan yang hendak
dibekalkan dan hendaklah yang mempunyai mutu terbaik, tulen yang boleh didapati
di pasaran dan belum digunakan.
iv.
Walau apa pun yang terkandung dalam Sebut harga ini adalah disahkan oleh
Pihak-Pihak dalam Sebut harga ini bahawa:-
a)
Kesemua pekerja pembekal adalah bukan pekerja, kakitangan atau wakil dan
pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memenuhi segala syarat-syarat
pengambilan pekerja yang dimestikan oleh undang-undang yang terpakai termasuk
membuat bayaran SOCSO, pampasan pekerja dan sebagainya.
b)
Apa-apa kecederaan yang dialami oleh mana-mana pekerja pembekal sewaktu
melakukan kerja-kerja kontrak adalah bukan menjadi tanggungjawab Majlis tetapi
adalah menjadi tanggungjawab kontraktor sepenuhnya.
v.
Ringkasan Sebut harga
a)
Pembekal hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan,
cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan
kerja kontrak dengan sempurnanya.
b)
Pembekal tidak boleh membuat sebarang tuntutan bagi pelarasan harga
akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai
kerajaan, sama ada dalam tempoh sah Sebut harga atau dalam tempoh kerja.
12.
PENYELIAAN KERJA-KERJA
KONTRAK
i.
Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor boleh mewakilkan kepada
Pegawai Penyelia untuk kuasa-kuasa menyelia dan memeriksa kerja-kerja kontrak
supaya dijalankan dengan sempurna, termasuk memberi apa-apa arahan kepada pembekal
jika diperlukan.
ii.
Walau apa pun yang bertentangan yang terkandung di dalam Sebut harga ini
mana-mana Pegawai Majlis lain yang diarahkan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah
Hulu Selangor mempunyai hak sepenuhnya dari masa ke semasa untuk membuat
apa-apa pemeriksaan dan mengeluarkan apa-apa arahan kepada pembekal mengenai
kerja-kerja kontrak sekiranya dirasakan adalah perlu untuk berbuat demikian
13.
TANGGUNG RUGI (INDEMNITI)
i.
Pembekal hendaklah pada bila-bila masa hendaklah menanggung rugi dan
menyebabkan Majlis sentiasa ditanggung rugi daripada dan terhadap semua atau
apa-apa tindakan prosiding, tuntutan yang dibuat, dikenakan atau dibawa oleh
mana-mana orang terhadap Majlis, berkenaan dengan apa-apa perkara berkaitan
dengan kecuaian, perlanggaran kewajipan atau tindakan salah oleh kontraktor, pekerja-pekerja
dan / atau agen-agennya dalam menjalankan kerja-kerja kontrak.
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF |
020101 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PERABOT, KELENGKAPAN DAN AKSESORI > PERABOT, PERABOT MAKMAL DAN KELENGKAPAN BERASASKAN KAYU/ROTAN/FABRIK/LOGAM/PLASTIK (WORKSTATIONS) ATAU 020199 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PERABOT, KELENGKAPAN DAN AKSESORI > PEMBUAT |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |