MEMBEKAL AKSESORI DAN KELENGKAPAN PAKAIAN SERAGAM BAGI PENGARAH, PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA, PEMBANTU PENGUATKUASA KANAN DAN PEMBANTU PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Roslan Bin Abd Rahman |
E-mel | ros.abdrahman@yahoo.com |
No. Tel | 03 6064 1331 |
Jabatan | Bahagian Perolehan |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
---|---|
No. Sebut Harga | SH PK 136/ 2020 |
Tarikh Iklan | 23 Jul 2020 - 4 Aug 2020 |
Tarikh Jual | 23 Jul 2020 - 4 Aug 2020 |
Tarikh Tutup | 4 Aug 2020 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
Majlis Daerah Hulu Selangor Jalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. |
Tarikh & Masa Taklimat | 28 Jul 2020 09:00 |
Alamat Taklimat |
Bilik Mesyuarat 3, Majlis Daerah Hulu Selangor Jalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. Kehadiran taklimat adalah diwajibkan |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Bumiputera Sahaja | |
Harga Dokumen | RM 100.00 |
Syarat Sebut Harga
SYARAT-SYARAT
SEBUTHARGA
Tertakluk
kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini,
syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana
syarat-syarat am itu ditolak atau diuba dengan khususnya oleh penyebut harga
1.
PEMBEKALAN
Pembekal hendaklah membekal MEMBEKAL AKSESORI DAN KELENGKAPAN PAKAIAN
SERAGAM BAGI PENGARAH, PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA, PEMBANTU PENGUATKUASA
KANAN DAN PEMBANTU PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR tempoh yang
ditetapkan seperti di dalam perjanjian / kontrak dan hendaklah mengikut
spesifikasi dan arahan serta kelulusan Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu
Selangor atau wakil yang diberi kuasa olehnya.
2.
HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga
bersih tidak termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.
3.
BARANG SETARA
Sebutharga
boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh
diberi.
4.
PERSETUJUAN
i.
Majlis
Daerah Hulu Selangor tidak terikat untuk setuju terima sebutharga yang terendah
atau mana-mana sebutharga dan;
ii.
Penyebut
harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila
dikehendaki.
5.
PELAKSANAAN PEMBEKALAN
i.
Pembekalan
oleh pihak syarikat adalah bergantung kepada jumlah yang dipesan oleh pihak
Majlis Daerah Hulu Selangor.
ii.
Pihak
Majlis Daerah Hulu Selangor akan membuat pesanan awal dan tarikh pesanan juga boleh
berubah mengikut keperluan sediaada di MDHS sebelum sesuatu pesanan pembekalan
dilaksanakan oleh pihak syarikat.
iii.
Jumlah
anggaran boleh berubah mengikut pesanan yang dibuat oleh pihak Majlis Daerah
Hulu Selangor bagi setiap unit yang dinyatakan. Walaubagaimanapun harga tawaran
tidak boleh diubah kecuali dipersetujui oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.
iv.
Pembekalan
hendaklah disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya terdapat
kelewatan pihak MDHS berhak untuk mengenakan denda lewat (LAD) pengikut
perkiraan seperti berikut:
RM
50.00/sehari atau (LAD=BLR (6.90%) / 365 hari x harga kontrak. Yang mana
nilainya lebih tinggi)
6.
BURUH DAN PERALATAN KERJA
Pihak pembekal hendaklah
membekal semua buruh dengan alat-alat kerja dan pengangkutan yang diperlukan
bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini dan semua ini disediakan atas
tanggungan dan dibiayai pembekal sendiri.Bagi memastikan kerja-kerja ini dapat
diselenggara dengan teratur dan memuaskan, maka semua alatan kerja dan
pengangkutan hendaklah disimpan setiap masa, dibaiki dan diselenggarakan dengan
baik oleh kontraktor sendiri.
7.
PENGAWASAN OLEH KONTRAKTOR
Pihak pembekal hendaklah
melantik seorang wakil yang cekap untuk menjadi pengawas/wakil pembekal semasa
ketiadaannya dan arahan yang diberikan kepada wakilnya hendaklah menjadi
tanggungjawab pihak pembekal atau wakilnya hendaklah apabila diminta hadir ke
pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor untuk memberi laporan kemajuan kerjanya dan
menerima arahan daripada Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau
wakilnya yang diberi kuasa olehnya.
8.
HALANGAN
Pihak pembekal hendaklah
menentukan bahawa tidak ada kesusahan atau halangan yang timbul kepada orang
ramai atau awam waktu menjalankan pekerjaan.
9.
PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH
DIPATUHI
Penyebut
harga dikehendaki meperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh
mereka adalah mengikut spesifikasi atai piawai (jika ada) yang dinyatakan di
dalam pelawaan ini.
10. PENOLAKAN
i.
Barang
yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah
dipersetujui sebutharganya boleh ditolak;
ii.
Apabila
diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu
dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri dan ia hendaklah
membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan
mengenai bekalan yang ditolak itu;dan
iii.
Fasa-kecil
(i) dan (ii) di atas ini tidak memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk
mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
11.
PERNYATAAN, WARANTI DAN AKU
JANJI KONTRAKTOR
i.
Kontraktor adalah dikehendaki membekal
MEMBEKAL
PAKAIAN SERAGAM BAGI PENGARAH PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA, PEMBANTU
PENGUATKUASA KANAN DAN PEMBANTU PENGUATKUASA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR seperti yang ditentukan di
spesifikasi bekalan yang disediakan di dalam kontrak/sebutharga ini termasuk apa-apa
arahan,perubahan,pindaan atau tambahan kerja yang ditentukan oleh Yang
Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya
dari masa ke semasa.
ii.
Sebaik sahaja sebutharga / kontrak ini ditandatangani, pembekal
hendaklah mengemukakan salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Majlis
bagi menjalankan kerja-kerja kontrak kepada Majlis untuk tujuan rekod dan
beberapa pematuhan syarat seperti berikut;
a)
Sekiranya pembekal menggunakan khidmat pekerja-pekerja yang terdiri
daripada warganegara asing, pembekal hendaklah mengemukakan kepada Majlis
senarai nama pekerja yang diambil oleh pembekal bagi kerja-kerja kontrak
berserta dengan sesalinan passport dan permit kerja.
b)
Bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini, pembekal adalah pada
bila-bila masa dilarang mengambil bekerja, mana-mana pekerja yang sedang
berkhidmat dengan Majlis sama ada tetap, sementara kontrak atau sambilan.
c)
Salinan perakuan kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
d)
Salinan pendaftaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).
e)
Salinan pendaftaran perniagaan/syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM).
f)
Salinan Jadual Kerja-kerja Bekalan yang ditetapkan oleh pembekal dan
dipersetujui oleh Majlis.
g)
Menyediakan peralatan yang sesuai, sempurna dan mencukupi serta
sesalinan inventori diserahkan kepada Majlis.
h)
Mendapatkan kelulusan daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor
atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya akan contoh-contoh bahan yang hendak
dibekalkan dan hendaklah yang mempunyai mutu terbaik, tulen yang boleh didapati
di pasaran dan belum digunakan.
iii.
Walau apa pun yang terkandung dalam sebutharga ini adalah disahkan oleh
Pihak-Pihak dalam sebutharga ini bahawa:-
a)
Kesemua pekerja pembekal adalah bukan pekerja, kakitangan atau wakil dan
pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memenuhi segala syarat-syarat
pengambilan pekerja yang dimestikan oleh undang-undang yang terpakai termasuk
membuat bayaran SOCSO, pampasan pekerja dan sebagainya.
b)
Apa-apa kecederaan yang dialami oleh mana-mana pekerja pembekal sewaktu
melakukan kerja-kerja kontrak adalah bukan menjadi tanggungjawab Majlis tetapi
adalah menjadi tanggungjawab kontraktor sepenuhnya.
iv.
Ringkasan Sebutharga
a)
Pembekal hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan,
cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan
kerja kontrak dengan sempurnanya.
b)
Pembekal tidak boleh membuat sebarang tuntutan bagi pelarasan harga
akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai
kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebutharga atau dalam tempoh kerja.
12.
PENYELIAAN KERJA-KERJA
KONTRAK
i.
Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor boleh mewakilkan kepada
Pegawai Penyelia untuk kuasa-kuasa menyelia dan memeriksa kerja-kerja kontrak
supaya dijalankan dengan sempurna, termasuk memberi apa-apa arahan kepada pembekal
jika diperlukan.
ii.
Walau apa pun yang bertentangan yang terkandung di dalam sebutharga ini
mana-mana Pegawai Majlis lain yang diarahkan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah
Hulu Selangor mempunyai hak sepenuhnya dari masa ke semasa untuk membuat
apa-apa pemeriksaan dan mengeluarkan apa-apa arahan kepada pembekal mengenai
kerja-kerja kontrak sekiranya dirasakan adalah perlu untuk berbuat demikian
13.
TANGGUNG RUGI (INDEMNITI)
i.
Pembekal hendaklah pada bila-bila masa hendaklah menanggung rugi dan
menyebabkan Majlis sentiasa ditanggung rugi daripada dan terhadap semua atau
apa-apa tindakan prosiding,tuntutan yang dibuat,dikenakan atau dibawa oleh
mana-mana orang terhadap Majlis,berkenaan dengan apa-apa perkara berkaitan
dengan kecuaian,perlanggaran kewajipan atau tindakan salah oleh
kontraktor,pekerja-pekerja dan / atau agen-agennya dalam menjalankan
kerja-kerja kontrak.
ii.
Pembekal hendaklah menanggung sepenuhnya apa-apa tuntutan yang dibuat
oleh mana-mana pihak yang mengalami kerugian,kecederaan atau kematian semasa
kerja-kerja kontrak dijalankan yang mana berpunca dari kelalaian dan kecuaian
kontraktor,kakitangan atau agen kontraktor dan hendaklah memberi pampasan dan
mengganti rugi sepenuhnya jika tuntutan itu dibuat oleh mana-mana pihak yang
terbabit terhadap Majlis.
14.
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF
020804 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PAKAIAN DAN KELENGKAPAN > PAKAIAN KESELAMATAN, KELENGKAPAN DAN AKSESORI
DAN
222401 PERKHIDMATAN > PERKHIDMATAN MENJAHIT DAN MEMBAIKPULIH > MENJAHIT PAKAIAN DAN KELENGKAPAN
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |