Cetak
TD PSP 21/2020

PERKHIDMATAN PENGURUSAN DI TAPAK PELUPUSAN SG. SABAI KALUMPANG UNTUK MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR BAGI TEMPOH 24 BULAN

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Nur Afiqah binti Shawaludin
E-mel nurafiqah@mdhs.gov.my
No. Tel
Jabatan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Tender

Petender Majlis Perbandaran Hulu Selangor
No. Tender TD PSP 21/2020
Tarikh Iklan 28 May 2020 - 18 Jun 2020
Tarikh Jual 28 May 2020 - 18 Jun 2020
Tarikh Tutup 18 Jun 2020
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN,
44000 KUALA KUBU BHARU,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 300.00

Syarat Tender

SYARAT-SYARAT MEMBUAT TENDER


1. Keseluruhan kerja-kerja yang dinyatakan dalam Dokumen Tender yang ditunjukkan di atas Meja Tender (kemudian dari ini disebut "Dokumen Meja Tender") akan diberi secara Kontrak.


2. a) Tiap-tiap petender mestilah menyerahkan dalam  suatu  sampul  surat  bertutup dan bermeteri yang  dialamatkan  sebagaimana  ditetapkan dalam Notis Tender, suatu tender yang sah dalam Borang Tender yang diperuntukkan dan ditandatangani dengan sempurnanya.  Borang  Tender yang tidak lengkap atau tidak bertandatangan akan ditolak.

b) Setiap petender mestilah mencatatkan dalam ruang yang diperuntukkan dalam Borang Tender masa yang akan  dikehendakinya  bagi  menyiapkan kerja-kerja itu.

c) Petender hendaklah di mana saja dikehendaki dalam Dokumen Tender, meletakkan harga yang hendaklah diisi dengan dakwat  dan ditandatangani dengan sempurnanya oleh petender. Harga tersebut hendaklah diteliti dan diselaraskan (jika perlu) oleh Pengawai Penguasa tentang kemunasabahannya.


3. Jika mana-mana petender :-

a) Menarik balik tendernya sebelum tamat Tempoh Sah Tender atau apa- apa tempoh lanjutan, atau

b) Mengenakan had, syarat atau janjian tambahan  selepas  tarikh  akhir yang ditetapkan bagi penyerahan tender (dan  dalam  hal  yang sedemikian ianya hendaklah disifatkan sebagai penarikan balik  tender ini), atau

c) Jika sekiranya tender telah disetujuterima, enggan dan tidak melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal atau mendeposit Bon Perlaksanaan atau tidak meneruskan kerja-kerja ;

maka, dalam mana-mana hal itu, YANG DIPERTUA hendaklah  tanpa  menyentuh apa-apa hak lain yang ada padanya, sentiasa berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap yang bertandatangan di bawah  ini  atau membatalkan pendaftaran petender sebagai kontraktor YANG DIPERTUA sebagaimana difikirkan perlu oleh YANG DIPERTUA.


4. Tiada apa-apa perubahan, tambahan atau nota yang tidak dibenarkan, boleh dibuat kepada Borang Tender atau mana-mana Dokumen Tender yang lain.


5. a) Tender-tender dan dokumen-dokumen berhubung dengannya  yang dinyatakan dalam Klausa 2 di atas, mestilah diserahkan ditempat dan pada atau sebelum masa yang ditetapkan dalam Notis Tender bagi penyerahan tender.

b) Jika sesuatu tender tidak diserahkan dengan tangan, petender mestilah menguruskan bagi tendernya dan dokumen-dokumennya yang lain dihantar dengan pos supaya sempat sampai di tempat yang ditetapkan tidak lewat dari masa yang ditetapkan.

c) Mana-mana tender yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan berbangkit dari apa jua sebab tidak akan dipertimbangkan.

d) Tiada apa-apa jua perbelanjaan yang ditanggung oleh petender bagi menyediakan tender- tendernya boleh dibayar kepadanya.


6. Jika sekiranya atas permintaannya, seseorang petender diberikan salinan- salinan sesuatu Dokumen Tender, maka adalah menjadi tanggungjawabnya seorang diri untuk meneliti salinan-salinan itu dan memuaskan hatinya bahawa salinan-salinan itu adalah sebenarnya salinan-salinan dokumen yang termasuk dalam Dokumen Meja Tender. Jika sekiranya terdapat apa-apa perbezaan atau percanggahan antara mana-mana salinan yang diberi kepada petender dengan salinan dalam Dokumen Meja Tender atau antara mana-mana dokumen yang termasuk di dalamnya, maka adalah menjadi tanggungjawabnya seorang diri untuk memohon secara bertulis kepada Pegawai Penguasa supaya dibetulkan perbezaan atau percanggahan itu tidak lewat dari tujuh (7) hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan dalam Notis Tender bagi penyerahan tender. Apa -apa jawapan yang hendak dibuat oleh Pegawai penguasa atas permohonan itu hendaklah dibuat dengan cara Memorandum Tender yang hendaklah dihantar kepada semua petender. Memorandum Tender itu hendaklah menjadi  sebahagian daripada Dokumen Tender dan Tender yang diterima  akan  disifatkan sebagai berdasarkan pada huraian, ubahsuaian atau  perluasan  kepada dokumen asal yang mengandunginya.


7. Petender hendaklah disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak kerja dan sekitarnya dan telah berpuas hati sebelum menyerahkan  tendernya  tentang  jenis bumi dan lapisan tanah, bentuk dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja-kerja, cara-cara perhubungan dengan dan akses ke tapak kerja, tempat tinggal yang mungkin dikehendaki dan pada amnya hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luarjangka dan segala hal keadaan yang  mempengaruhi dan menjejaskan tendernya.


8. Tender-tender hendaklah terus sah selama tempoh sembilan  puluh  (90)  hari dari tarikh akhir bagi penyerahan tender sebagaimana yang ditetapkan dalam Notis Tender (dalam Syarat-Syarat Membuat Tender ini disebut "Tempoh Sah Tender") dan tempoh ini boleh dengan persetujuan  bersama  dilanjutkan  Jika dan apabila perlu.


9. YANG DIPERTUA tidak boleh terikat menyetujuterima  tender  yang  rendah sekali atau mana-mana tender dan juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tender serta berhak untuk  melantik  lebih  dari satu petender untuk melaksanakan kerja ini.

 

10. Petender yang berjaya (jika ada) hendaklah diberitahu tentang  tendernya  dengan surat (disebut "Surat Setujuterima Tender") dalam Tempoh Sah Tender atau apa-apa tempoh lanjutan. Petender tersebut hendaklah dengan seberapa segera yang praktik tetapi sebelum bermulanya kerja mendeposit dengan Pegawai Penguasa, perkara-perkara berikut :-

a) Bon Perlaksanaan mengikut perkiraan kadar berikut ;-

a. Lebih RM 500,000.00: 5 % Jumlah Kontrak

b) Polisi Insurans Tanggungan Awam (iaitu insurans terhadap bencana kepada orang-orang atau kerosakan kepada harta) atau Nota Liputan berserta dengan resit bagi premium yang telah dibayar;

c) Nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO); dan / atau

d) Polisi Insurans Pampasan Pekerja atau Nota liputan berserta  dengan resit bagi premium yang telah dibayar.

Petender tersebut hendaklah juga dalam masa yang berpatutan selepas itu mendeposit Polisi Insurans bagi kerja-kerja itu dan melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal.


11. Semua jadual butir-butir yang dilampirkan kepada Dokumen Tender hendaklah diisi dan diserahkan oleh petender berserta dengan tendernya.


12. Tiap-tiap notis yang hendak diberi kepada petender bolehlah diposkan ke alamatnya yang dinyatakan dalam tender itu dan pengeposan itu hendakl ah disifatkan sebagai penyampaian yang sempurna akan notis itu.


13. Perkataan-perkataan "petender yang berjaya" hendaklah bererti  bahawa petender yang mana tendernya telah diluluskan  dan  disetujuterima  oleh YANG DIPERTUA.


14. Perkataan "petender" dalam syarat-syarat ini hendaklah disifatkan sebagai termasuk dua orang atau lebih.


15. Jika petender tidak mematuhi syarat-syarat tersebut diatas mengenai apa- apa jua hal maka tendernya boleh ditolak.

 

16. Peringatan mengenai kesalahan RASUAH dalam perolehan kerjaan :-

(a) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan kepada atau daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan kesalahan jenayah di Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

(b) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


17. Syarat-syarat tender ini, setakat mana syarat-syarat itu mungkin menyentuh pelaksanaan Kontrak ini, hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Kontrak ini.


18. Setiap petender yang berjaya bagi tawaran/sebutharga untuk kerja seperti kerja- kerja pembersihan dan penyenggaraan di dalam pejabat serta projek pembangunan/penyelenggaraan sistem maklumat/data/transaksi/sistem rangkaian Majlis Daerah Hulu Selangor diwajibkan membuat tapisan keselamatan untuk setiap pekerja yang terlibat dan mengemukakan sesalinan surat keselamatan kasar daripada Pejabat Keselamatan Negara (CGSO). Oleh itu, penender yang berjaya dikehendaki mengemukakan senarai nama pekerja yang ditugaskan di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ke Jabatan Pelaksana dalam tempoh dua (2) minggu selepas Surat Setuju Terima (SST). Petender adalah dianggap telah memasukkan segala kos yang terlibat dalam proses tapisan ini di dalam harga tawaran.

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
221002 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > MEMBERSIH KAWASAN

DAN

221003 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > MENGANGKAT SAMPAH

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
BAHAGIAN / SEKSYEN / UNIT:
1. Nama Pembekal
2. Jenis Bekalan
3. Alamat Pembekal
4. Nama Perolehan
5. Kuantiti
6. Jumlah Kos (RM)
7. Tarikh Perolehan
Bil. Kriteria Penilaian Skala Ulasan
5 4 3 2 1
1. Tindakan terhadap maklum balas / permintaan
2. Harga yang berpatutan
3. Kuantiti menepati Pesanan Tempatan (LO)
4. Kualiti produk / perkhidmatan /kerja
5. Penghantaran mengikut jadual
6. Kerjasama yang diberikan
Jumlah Markah :   00 / 30 x 100 =

Cadangan Pegawai Penilaian

Ulasan

Senarai Prestasi Syarikat

Bil. Tarikh Penilai Keseluruhan Markah Tindakan
Tiada rekod penilaian