KERJA PEMBERSIHAN SEMAK SAMUN DI KAWASAN RUMAH KEDIAMAN DAN LOT TANAH KOSONG BAGI TAHUN 2020 SEHINGGA 2021 (KAWASAN A)
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Nur Afiqah binti Shawaludin |
E-mel | nurafiqah@mdhs.gov.my |
No. Tel | |
Jabatan |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
---|---|
No. Sebut Harga | SH PSP 81/2020 |
Tarikh Iklan | 11 Mar 2020 - 18 Mar 2020 |
Tarikh Jual | 11 Mar 2020 - 18 Mar 2020 |
Tarikh Tutup | 18 Mar 2020 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR JALAN BUKIT KERAJAAN, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR DARUL EHSAN. |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Bumiputera Sahaja | |
Harga Dokumen | RM 100.00 |
Syarat Sebut Harga
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
Tertakluk kepada apa-apa
syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am
yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu
ditolak atau diuba dengan khususnya oleh penyebut harga
1. PEMBEKALAN
KEADAAN BARANG Semua
barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
2. HARGA
Harga yang ditawarkan
hendaklah harga bersih tidak termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang
berkaitan serta Cukai Barang Dan Perkhidmatan (CJCP).
3. BARANG SETARA
Sebut harga boleh
ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh
diberi.
4. PERSETUJUAN
i. Majlis Daerah Hulu Selangor tidak
terikat untuk setuju terima Sebut harga yang terendah atau mana-mana Sebut
harga dan;
ii. Penyebut harga hendaklah memberi
kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
5. PELAKSANAAN PEMBEKALAN
i. Pembekalan oleh pihak syarikat adalah
bergantung kepada jumlah yang dipesan oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.
ii. Pihak
Majlis Daerah Hulu Selangor akan membuat pesanan awal dan tarikh pesanan juga
boleh berubah mengikut keperluan sediaada di MDHS sebelum sesuatu pesanan
pembekalan dilaksanakan oleh pihak syarikat.
iii. Jumlah anggaran boleh berubah mengikut
pesanan yang dibuat oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor bagi setiap unit
yang dinyatakan. Walaubagaimanapun harga tawaran tidak boleh diubah kecuali
dipersetujui oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor.
iv. Bekalan yang dipesan hendaklah
dibekalkan tidak lewat dari tempoh 30 hari selepas tarikh borang pesanan
diterima oleh Kontraktor / Pemborong / Pembekal. Sekiranya terdapat kelewatan,
pihak MDHS berhak mengenakan denda lewat mengikut kiraan seperti berikut:
RM 50.00/sehari (denda lewat LAD)
6. BURUH DAN PERALATAN KERJA
Pihak pembekal hendaklah
membekal semua buruh dengan alat-alat kerja dan pengangkutan yang diperlukan
bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini dan semua ini disediakan atas
tanggungan dan dibiayai pembekal sendiri. Bagi memastikan kerja-kerja ini dapat
diselenggara dengan teratur dan memuaskan, maka semua alatan kerja dan
pengangkutan hendaklah disimpan setiap masa, dibaiki dan diselenggarakan dengan
baik oleh kontraktor sendiri.
7. PENGAWASAN OLEH KONTRAKTOR
Pihak pembekal hendaklah
melantik seorang wakil yang cekap untuk menjadi pengawas/wakil pembekal semasa
ketiadaannya dan arahan yang diberikan kepada wakilnya hendaklah menjadi
tanggungjawab pihak pembekal atau wakilnya hendaklah apabila diminta hadir ke
pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor untuk memberi laporan kemajuan kerjanya dan
menerima arahan daripada Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau
wakilnya yang diberi kuasa olehnya.
8. HALANGAN
Pihak pembekal hendaklah
menentukan bahawa tidak ada kesusahan atau halangan yang timbul kepada orang
ramai atau awam waktu menjalankan pekerjaan.
9. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH
DIPATUHI
Penyebut harga
dikehendaki meperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka
adalah mengikut spesifikasi atai piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam
pelawaan ini.
10. PENOLAKAN
i. Barang yang rendah mutunya atau yang
berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui Sebut harganya boleh
ditolak;
ii. Apabila diminta, penyebut harga
hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan
perbelanjaannya sendiri dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala
perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu;dan
iii. Fasa-kecil (i) dan (ii) di atas ini
tidak memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana
kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
11. PERNYATAAN, WARANTI DAN AKU JANJI
KONTRAKTOR
i. Kontraktor/Pemborong/Pembekal adalah
dikehendaki membekal Logistik Bagi
Program Hari Tanpa Kenderaan seperti yang ditentukan di spesifikasi bekalan
yang disediakan di dalam kontrak/Sebut harga ini termasuk apa-apa arahan,
perubahan, pindaan atau tambahan kerja yang ditentukan oleh Yang Dipertua,
Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya dari masa
ke semasa.
ii. Sebaik sahaja Sebut harga / kontrak ini
ditandatangani, pembekal hendaklah mengemukakan salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki
oleh Majlis bagi menjalankan kerja-kerja kontrak kepada Majlis untuk tujuan
rekod dan beberapa pematuhan syarat seperti berikut;
a) Sekiranya pembekal menggunakan khidmat
pekerja-pekerja yang terdiri daripada warganegara asing, pembekal hendaklah
mengemukakan kepada Majlis senarai nama pekerja yang diambil oleh pembekal bagi
kerja-kerja kontrak berserta dengan sesalinan passport dan permit kerja.
b) Bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak
ini, pembekal adalah pada bila-bila masa dilarang mengambil bekerja, mana-mana
pekerja yang sedang berkhidmat dengan Majlis sama ada tetap, sementara kontrak
atau sambilan.
c) Salinan perakuan kelulusan daripada
Kementerian Kewangan.
d) Salinan pendaftaran Unit Perancang Ekonomi
Negeri Selangor (UPEN).
e) Salinan pendaftaran perniagaan/syarikat
daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
f) Salinan Jadual Kerja-kerja Bekalan yang
ditetapkan oleh pembekal dan dipersetujui oleh Majlis.
g) Menyediakan peralatan yang sesuai, sempurna
dan mencukupi serta sesalinan inventori diserahkan kepada Majlis.
h) Mendapatkan kelulusan daripada Yang Dipertua
Majlis Daerah Hulu Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya akan
contoh-contoh bahan yang hendak dibekalkan dan hendaklah yang mempunyai mutu
terbaik, tulen yang boleh didapati di pasaran dan belum digunakan.
iii. Walau apa pun yang terkandung dalam
Sebut harga ini adalah disahkan oleh Pihak-Pihak dalam Sebut harga ini bahawa:-
a) Kesemua pekerja pembekal adalah bukan pekerja,
kakitangan atau wakil dan pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk
memenuhi segala syarat-syarat pengambilan pekerja yang dimestikan oleh
undang-undang yang terpakai termasuk membuat bayaran SOCSO, pampasan pekerja
dan sebagainya.
b) Apa-apa kecederaan yang dialami oleh mana-mana
pekerja pembekal sewaktu melakukan kerja-kerja kontrak adalah bukan menjadi
tanggungjawab Majlis tetapi adalah menjadi tanggungjawab kontraktor sepenuhnya.
iv.
Ringkasan Sebut harga
a) Pembekal
hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti,
bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja kontrak
dengan sempurnanya.
b) Pembekal
tidak boleh membuat sebarang tuntutan bagi pelarasan harga akibat daripada
perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai kerajaan, sama ada
dalam tempoh sah Sebut harga atau dalam tempoh kerja.
12. PENYELIAAN KERJA-KERJA KONTRAK
i. Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu
Selangor boleh mewakilkan kepada Pegawai Penyelia untuk kuasa-kuasa menyelia
dan memeriksa kerja-kerja kontrak supaya dijalankan dengan sempurna, termasuk
memberi apa-apa arahan kepada pembekal jika diperlukan.
ii. Walau apa pun yang bertentangan yang
terkandung di dalam Sebut harga ini mana-mana Pegawai Majlis lain yang
diarahkan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor mempunyai hak
sepenuhnya dari masa ke semasa untuk membuat apa-apa pemeriksaan dan
mengeluarkan apa-apa arahan kepada pembekal mengenai kerja-kerja kontrak sekiranya
dirasakan adalah perlu untuk berbuat demikian
13. TANGGUNG RUGI (INDEMNITI)
i. Pembekal hendaklah pada bila-bila masa
hendaklah menanggung rugi dan menyebabkan Majlis sentiasa ditanggung rugi
daripada dan terhadap semua atau apa-apa tindakan prosiding, tuntutan yang
dibuat,dikenakan atau dibawa oleh mana-mana orang terhadap Majlis, berkenaan
dengan apa-apa perkara berkaitan dengan kecuaian,perlanggaran kewajipan atau
tindakan salah oleh kontraktor, pekerja-pekerja dan / atau agen-agennya dalam
menjalankan kerja-kerja kontrak.
ii. Pembekal hendaklah menanggung
sepenuhnya apa-apa tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang mengalami
kerugian,kecederaan atau kematian semasa kerja-kerja kontrak dijalankan yang
mana berpunca dari kelalaian dan kecuaian kontraktor, kakitangan atau agen
kontraktor dan hendaklah memberi pampasan dan mengganti rugi sepenuhnya jika
tuntutan itu dibuat oleh mana-mana pihak yang terbabit terhadap Majlis.
14. PENYERAHAKKAN ATAU NOVASI
i. Pembekal adalah dilarang sama sekali
daripada memindah atau menyerahkan hak faedah Perjanjian atau kerja-kerja
kontrak ini kecuali mendapat kelulusan daripada Yang Dipertua, Majlis Daerah
Hulu Selangor.
15. PENAMATAN
i. Pembekal adalah melakukan pelanggaran
sekiranya berlaku mana-mana daripada perbuatan atau keadaan yang berikutnya:
a) Pembekal
melanggar dan mengingkari mana-mana syarat dalam Sebut harga ini atau mana-mana
arahan yang dikeluarkan di bawah Sebut harga ini termasuk mana-mana arahan Yang
Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau mana-mana arahan pegawai yang diberi
kuasa olehnya, untuk memberi arahan kepada Pembekal ; atau
b) Pembekal
menamatkan Sebut harga ini sebelum tamatnya tempoh Perjanjian ini; atau
c) Sekiranya
Pembekal diisytiharkan muflis, bankrap atau telah digulung secara proses
perundangan sama ada permintaannya ataupun sebaliknya.
ii. Sekiranya berlaku mana-mana
perlanggaran syarat-syarat yang diperuntukan dalam Sebut harga ini, Majlis
adalah berhak untuk menamatkan kontrak ini atas perlanggaran syarat oleh
pembekal dengan memberi notis dalam tempoh tiga puluh (30) hari kepada pembekal
dengan cara penyerahan secara kendiri atau melalui pos dalam suatu sampul yang
dijelaskan bayarannya dan di alamat kepada tempat tinggal pembekal atau tempat
perniagaannya yang biasa atau akhir diketahui atas segala tuntutan dan kerugian
yang dialami oleh Majlis akibat daripada perbuatan perlanggaran syarat yang
dilakukan oleh pembekal.
iii. Segala kerugian yang dialami oleh Majlis
akibat daripada perlanggaran syarat yang dilakukan oleh Pembekal boleh dituntut
oleh Majlis sepenuhnya terhadap pembekal termasuk tuntutan gantirugi kerana
gagal memenuhi tempoh sepenuhnya kontrak ini. Majlis berhak untuk menolak
daripada bayaran yang akan diterima oleh kontraktor di bawah kontrak ini untuk
menjelaskan apa-apa kerugian atau tuntutan yang dialami oleh Majlis terhadap
pembekal.
16. PENAMATAN PERJANJIAN ATAS KEPENTINGAN
NASIONAL
i. Tertakluk kepada mana-mana klausa di
dalam kontrak ini, Majlis boleh menamatkan kontrak ini dengan memberi notis
tidak kurang daripada enam puluh (60) hari kepada pembekal (tanpa kewajipan
untuk memberikan sebab-sebab penamatan) sekiranya penamatan tersebut adalah
demi kepentingan nasional, di atas keperluan keselamatan nasional atau tujuan
polisi kerajaan atau polisi awam.
ii. Bagi tujuan klausa ini, apa yang
merangkumi “kepentingan nasional”, “keperluan keselamatan nasional”, “polis
kerajaan” dan “polisi awam” akan hanya dibuat dan ditentukan oleh Majlis dan
penentuan tersebut untuk apa-apa niat
dan tujuan adalah muktamad dan mutlak serta tidak boleh dicabar dalam apa-apa
jua keadaan.
17. JAWATANKUASA KETETAPAN PERTIKAIAN
i. Sebarang pertikaian atau tuntutan yang
wujud di antara dua pihak berhubung perjanjian ini yang bukannya datang
daripada arahan kerajaan hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Ketetetapan
Pertikaian (JKP) yang terdiri daripada:-
a) Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor
b) Seorang wakil yang dilantik oleh Yang
Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor
c) Seorang
wakil yang dilantik oleh Pembekal
ii. JKP bolehlah melantik seorang pakar
bebas yang mahir dalam bidang yang menjadi pertikaian tersebut dan segala kos
yang ditanggung adalah secara saksama oleh kedua-dua pihak.
18. FORCE MAJEURE
i. Majlis dan Pembekal adalah tidak
bertanggungjawab bagi sebarang tindakan, ketinggalan atau kegagalan dalam
memenuhi kehendak kontrak ini jika ianya berpunca daripada keadaan rusuhan,
kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan, atau sebab-sebab dan
bahaya-bahaya lain yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak disebabkan
oleh “Force Majeure”.
ii. Jika satu pihak tidak dapat
melaksanakan obligasi di bawah kontrak ini disebabkan oleh berlakunya “Force
Majeure” maka pihak tersebut hendaklah memaklumkan dengan segera tentang
perkara tersebut dengan menyatakan butir-butir lengkap dan akibat daripadanya
kepada pihak yang satu lagi.
iii. Jika kedua-dua pihak menganggap kejadian
“Force Majeure” itu adalah teruk atau berterusan untuk satu jangka masa boleh
menggagalkan tujuan asal kontrak ini, maka pihak-pihak bolehlah bersetuju
supaya kontrak ini ditamatkan atas persetujuan bersama.
19. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG
Dalam menjalankan
kerja-kerja kontrak, Pembekal mestilah mematuhi kesemua peruntukan
undang-undang Malaysia dan kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan
undang-undang itu oleh Pembekal boleh dianggap sebagai perbuatan perlanggaran
syarat kepada Perjanjian ini.
20. NOTIS
Apa-apa notis permintaan
atau tuntutan yang hendak disampaikan oleh mana-mana pihak kepada pihak yang
satu lagi di bawah kontrak ini hendaklah dibuat secara bertulis dan boleh
dihantar melalui pos berdaftar, faksimili atau serahan tangan ke alamat yang dinyatakan
di dalam kontrak ini atau mana-mana alamat penerima yang diberitahu oleh
pihak-pihak dari masa ke semasa :
i. Majlis Daerah Hulu Selangor
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.
No.Telefon : 03-60641331
/ 1050 No.Faksimili : 03-60643991
ii. Pembekal yang dilantik.
21. MASA
Masa adalah asas dan inti pati utama dalam kontrak / Sebut harga ini.
22. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana Sebut harga
boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan
tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri.
23. PENGGANTI HAKMILIK ADALAH
TERIKAT
i. Perjanjian ini adalah
mengikat waris-waris pesaka atau penerima hak pembekal
ii. Dalam kontrak ini,
rujukan kepada Majlis dan pembekal hendaklah termasuk pengganti-pengganti dan
penerima-penerima serahan haknya yang sah dari segi undang-undang.
24. PINDAAN
Tiada sebarang ubahsuaian, pindaan, tambahan atau penepisan atas mana-mana
peruntukan kontrak ini adalah berkuatkuasa melainkan ia adalah atas persetujuan
suatu bersama pihak-pihak yang dibuat secara bertulis menerusi Perjanjian
Tambahan yang secara khusus merujuk kepada kontrak ini dan ditandatangani oleh
pihak-pihak terlibat.
25. TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah
diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan penyebut harga
bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam
apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebut
harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
26. INSURANS
Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri
pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam Sebut harga.
27. PEMBUNGKUSAN
i. Harga yang ditawarkan
adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan;
dan
ii. Apa-apa kerugian atau
kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang
cacat, hendaklah diganti oleh penjual.
BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
28. CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan
unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
29. MATA WANG
Sebut harga hendaklah
dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
30. PEMBUNGKUSAN
i. Barang hendaklah dibungkus mengikut
kesesuaian untuk dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma
perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;
ii. Harga yang ditawarkan adalah diertikan
sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan
iii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat
bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti
oleh penyebut harga.
31. HAK HAK MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
i. Majlis berhak menolak mana-mana
tawaran yang difikirkan tidak sesuai dengan penggunaan dan mutu yang
dikehendaki.
ii. Perkhidmatan yang diberikan hendaklah
memenuhi penentuan yang ditetapkan.
iii. Majlis berhak dan boleh menggunakan bila-bila masa harga ditawarkan dalam tempoh sah laku yang telah ditetapkan. Jika tempoh sah laku Sebut harga tersebut telah tamat, persetujuan pihak syarikah akan dipohon terlebih dahulu bagi menggunakan harga tawaran yang telah dipersetujui dahulu setelah tempoh kontrak tamat.
iv. Pembayaran akan dibuat kepada pembekal /
pembekal mengikut seperti di dalam Surat Setuju Terima (SST).
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF |
221002 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > MEMBERSIH KAWASAN DAN 221003 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > MENGANGKAT SAMPAH |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |