Cadangan Kerja-kerja Membaikpulih Dan Menaiktaraf Kawasan Lapang Fasa 1, 2 Dan 3 Di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Dya Diyana Bt Mawardi |
E-mel | dyadiyana@mpkj.gov.my |
No. Tel | 03-87377899 |
Jabatan | BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Kajang |
---|---|
No. Sebut Harga | MPKj S1/2020 |
Tarikh Iklan | 14 Jan 2020 - 30 Jan 2020 |
Tarikh Jual | 16 Jan 2020 - 30 Jan 2020 |
Tarikh Tutup | 30 Jan 2020 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan berikut.
DOKUMEN MEJA
TERKAWAL
Dokumen Meja Terkawal boleh disemak pada waktu pejabat di Kaunter Bahagian Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 6A, Majlis Perbandaran Kajang, Selangor Darul Ehsan mulai tarikh iklan disiarkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Bekalan dan Perolehan di talian 03-87368017 sambungan 7022, 7011, 7200, 7023 dan 7014.
Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar
secara atas talian di lawan sesawang http://tender.selangor.gov.my
dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.
Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan
melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit
tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat
demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
Tempoh penjualan
Dokumen Tawaran adalah pada 16HB. JANUARI
2020 HINGGA 30HB JANUARI 2020. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan
selepas dari tarikh tersebut.
TARIKH PENYERAHAN
Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM atau PADA 30HB. JANUARI 2020 (KHAMIS) JAM 12.00 TENGAHARI.
Kod-Kod Bidang
Gred CIDB |
|
---|---|
Bidang Pengkhususan CIDB | CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM |
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|