KERJA-KERJA MEMBINA DEWAN TERBUKA DI PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Nadzifah bt. Dalugamin |
E-mel | nadzifah@mais.gov.my |
No. Tel | 03-55143753 |
Jabatan | BAHAGIAN BELANJAWAN&PEROLEHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Tender
Petender | Majlis Agama Islam Selangor |
---|---|
No. Tender | TENDER MAIS BIL. T2/2019 |
Tarikh Iklan | 13 Sep 2019 - 10 Oct 2019 |
Tarikh Jual | 20 Sep 2019 - 10 Oct 2019 |
Tarikh Tutup | 10 Oct 2019 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
SETIAUSAHA, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR, TINGKAT 9, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5, 40000 SHAH ALAM |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Bumiputera Sahaja | |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Tender
KERJA-KERJA MEMBINA DEWAN TERBUKA DI PUSAT PERLINDUNGAN WANITA
BAITUL EHSAN,MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor tempatan (keutamaan kepada kontraktor Bumiputera Dan Beragama Islam) yang berpengalaman dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Gred G3, Kategori Bangunan (B) bagi Pengkhususan B04 (Kerja-kerja Pembinaan Bangunan untuk kerja-kerja membina dewan terbuka di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor.
2. Tender ini dibuka pada 13 September 2019 dan ditutup pada 10 Oktober 2019 jam 12.00 tengahari. Pembelian Dokumen Tender adalah secara atas talian di laman web Tender Selangor di tender.selangor.gov.my mulai 20 September 2019 (Jumaat) dan Dokumen Tender bolehlah dimuat turun di laman web Tender Selangor setelah pembayaran selesai.
3. Satu lawatan tapak akan diadakan pada 19 September 2019 (Khamis) jam 11.00 pagi bertempat di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor. Pihak petender diwajibkan untuk menghadiri sesi lawatan tapak yang diadakan dan mengemukakan sesalinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan oleh CIDB semasa lawatan tapak diadakan.
4. Lawatan tapak wajib dihadiri oleh Pengurus/ Pengarah/ pegawai Syarikat yang diiktiraf pada Sijil Perolehan Kerja Kerajaan oleh CIDB. Sebarang pertanyaan berkenaan lawatan tapak bolehlah berhubung dengan En. Mohd Khairol bin Mohd Rashid (012-3152532).
5. Semua dokumen tender hendaklah dimasukkan dalam sampul surat yang berlakri mencatatkan No. Tender dan dimasukkan ke dalam peti tender dialamatkan kepada:
SETIAUSAHA,
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 9, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5,
40000 SHAH ALAM
sebelum atau pada 10 Oktober 2019 (Khamis) jam 12.00 tengahari. Pihak MAIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana dokumen tender yang dikirimkan melalui pos.
6. MAIS tidak tertakluk untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.
7. MAIS berhak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab atas keputusan tersebut.
SETIAUSAHA,
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Lawatan Tapak
Bil. | Tempat Berkumpul | Alamat Lawatan Tapak | Tarikh & Waktu | Wajib Hadir |
---|---|---|---|---|
1 | PUSAT PERLINDUNGAN WANITA, BAITUL EHSAN | Jalan Raja Chulan, Pekan Sabak Bernam, 45200 Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan | 19 Sep 2019 11:00 |
Kod-Kod Bidang
Gred CIDB |
|
---|---|
Bidang Pengkhususan CIDB | B04 KERJA AM BANGUNAN |
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis | |
---|---|---|---|
KONSEP REKABENTUK | 726.78 kB | application/pdf | Muat Turun |