Cetak
TENDER MAIS BIL. T1/2019

KERJA-KERJA MEMBINA DEWAN TERBUKA DI PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Nadzifah bt. Dalugamin
E-mel nadzifah@mais.gov.my
No. Tel 03-55143753
Jabatan BAHAGIAN BELANJAWAN&PEROLEHAN
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Tender

Petender Majlis Agama Islam Selangor
No. Tender TENDER MAIS BIL. T1/2019
Tarikh Iklan 25 Jun 2019 - 25 Jul 2019
Tarikh Jual 5 Jul 2019 - 25 Jul 2019
Tarikh Tutup 25 Jul 2019
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar SETIAUSAHA,
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 9, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5,
40000 SHAH ALAM
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Tender

KERJA-KERJA MEMBINA DEWAN TERBUKA DI PUSAT PERLINDUNGAN WANITA

BAITUL EHSAN,MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

 

1.     Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor tempatan (keutamaan kepada kontraktor Bumiputera Dan Beragama Islam) yang berpengalaman dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Gred G3, Kategori Bangunan (B), Kejuruteraan Awam (CE) dan Elektrik (ME) bagi Pengkhususan B04 (Kerja-kerja Pembinaan Bangunan), CE19 (Sistem Pembentungan), CE20 (Sistem Bekalan Air) dan E11 (Kerja Am Elektrik) untuk kerja-kerja membina dewan terbuka di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor.

 

2.     Tender ini dibuka pada 25 Jun 2019 dan ditutup pada 25 Julai 2019 jam 12.00 tengahari. Pembelian Dokumen Tender adalah secara atas talian di laman web Tender Selangor di tender.selangor.gov.my mulai 5 Julai 2019 (Jumaat) dan Dokumen Tender bolehlah dimuat turun di laman web Tender Selangor setelah pembayaran selesai.

 

3.     Satu lawatan tapak akan diadakan pada 3 Julai 2019 (Rabu) jam 11.00 pagi bertempat di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor. Pihak penender diwajibkan untuk menghadiri sesi lawatan tapak yang diadakan dan mengemukakan sesalinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan oleh CIDB semasa lawatan tapak diadakan.

  

4.     Sekiranya lawatan tapak dihadiri oleh wakil syarikat, wakil tersebut hendaklah mengemukakan bersama surat kuasa wakil daripada Pengurus atau Pengarah Syarikat yang diiktiraf pada Sijil Perolehan Kerja Kerajaan oleh CIDB. Sebarang pertanyaan berkenaan lawatan tapak bolehlah berhubung dengan En. Mohd Khairol bin Mohd Rashid (012-3152532).

 

5.     Semua dokumen tender hendaklah dimasukkan dalam sampul surat yang berlakri mencatatkan No. Tender dan dimasukkan ke dalam peti tender dialamatkan kepada:

 

SETIAUSAHA,

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR,

TINGKAT 9, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,

PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5,

40000 SHAH ALAM

 

sebelum atau pada 25 Julai 2019 jam 12.00 tengahari. Pihak MAIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana dokumen tender yang dikirimkan melalui pos.

 

6.     MAIS tidak tertakluk untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.

 

7.     MAIS berhak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab atas keputusan tersebut.

SETIAUSAHA

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 PUSAT PERLINDUNGAN WANITA, BAITUL EHSAN Jalan Raja Chulan, Pekan Sabak Bernam, 45200 Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan 3 Jul 2019 11:00

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G3) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM1,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN

DAN

CE19 SISTEM PEMBENTUNGAN

DAN

CE20 SISTEM BEKALAN AIR

DAN

E11 KERJA-KERJA AM ELEKTRIKAL

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
CONCEPT DESIGN 726.78 kB application/pdf Muat Turun
IKLAN 0.99 MB application/pdf Muat Turun