PERKHIDMATAN MEMBEKAL PERALATAN DAN BAHAN MENCUCI UNTUK MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2019
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Roslan Bin Abd Rahman |
E-mel | ros.abdrahman@yahoo.com |
No. Tel | 03 6064 1331 |
Jabatan | Bahagian Perolehan |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
---|---|
No. Sebut Harga | SH KP 53/ 2019 |
Tarikh Iklan | 25 Mar 2019 - 1 Apr 2019 |
Tarikh Jual | 25 Mar 2019 - 1 Apr 2019 |
Tarikh Tutup | 1 Apr 2019 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | Bahagian Lobi, Majlis Daerah Hulu Selangor, Jalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Bumiputera Sahaja | |
Harga Dokumen | RM 100.00 |
Syarat Sebut Harga
SYARAT-SYARAT
SEBUT HARGA
Tertakluk
kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat
am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu
ditolak atau diuba dengan khususnya oleh penyebut harga
1.
PEMBEKALAN
Pembekal hendaklah membekal PERKHIDMATAN MEMBEKAL PERALATAN DAN BAHAN MENCUCI UNTUK
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2019 bagi tempoh yang
ditetapkan seperti di dalam perjanjian / kontrak dan hendaklah mengikut
spesifikasi dan arahan serta kelulusan Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu
Selangor atau wakil yang diberi kuasa olehnya.
2.
HARGA
Harga yang ditawarkan
hendaklah harga bersih tidak termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang
berkaitan.
3.
BARANG SETARA
Sebut
harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir
penuh diberi.
4.
PERSETUJUAN
i.
Majlis
Daerah Hulu Selangor tidak terikat untuk setuju terima Sebut harga yang
terendah atau mana-mana Sebut harga dan;
5. PELAKSANAAN PEMBEKALAN
i.
Pembekalan
oleh pihak syarikat adalah bergantung kepada jumlah yang dipesan oleh pihak
Majlis Daerah Hulu Selangor.
ii. Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor akan membuat pesanan awal dan tarikh pesanan juga boleh berubah mengikut keperluan sediaada di MDHS sebelum sesuatu pesanan pembekalan dilaksanakan oleh pihak syarikat.
iii. Jumlah anggaran boleh berubah mengikut pesanan yang dibuat oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor bagi setiap unit yang dinyatakan. Walaubagaimanapun harga tawaran tidak boleh diubah kecuali dipersetujui oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor
iv. Bekalan yang dipesan hendaklah dibekalkan tidak lewat dari tempoh 7 hari selepas tarikh borang pesanan diterima oleh Kontraktor/Pemborong/Pembekal. Sekiranya terdapat kelewatan, pihak MDHS berhak mengenakan denda lewat mengikut kiraan seperti berikut:
6.
BURUH DAN PERALATAN
KERJA
Pihak pembekal
hendaklah membekal semua buruh dengan alat-alat kerja dan pengangkutan yang
diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini dan semua ini
disediakan atas tanggungan dan dibiayai pembekal sendiri.Bagi memastikan
kerja-kerja ini dapat diselenggara dengan teratur dan memuaskan, maka semua
alatan kerja dan pengangkutan hendaklah disimpan setiap masa, dibaiki dan
diselenggarakan dengan baik oleh kontraktor sendiri.
7.
PENGAWASAN OLEH
KONTRAKTOR
Pihak pembekal hendaklah
melantik seorang wakil yang cekap untuk menjadi pengawas/wakil pembekal semasa
ketiadaannya dan arahan yang diberikan kepada wakilnya hendaklah menjadi
tanggungjawab pihak pembekal atau wakilnya hendaklah apabila diminta hadir ke
pejabat Majlis Daerah Hulu Selangor untuk memberi laporan kemajuan kerjanya dan
menerima arahan daripada Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor atau
wakilnya yang diberi kuasa olehnya.
8.
HALANGAN
Pihak pembekal hendaklah
menentukan bahawa tidak ada kesusahan atau halangan yang timbul kepada orang
ramai atau awam waktu menjalankan pekerjaan.
9.
PERAKUAN MENYATAKAN
SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI
10. PENOLAKAN
i.
Barang
yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah
dipersetujui Sebut harganya boleh ditolak;
ii.
Apabila
diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu
dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri dan ia hendaklah
membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan
mengenai bekalan yang ditolak itu;dan
iii.
Fasa-kecil
(i) dan (ii) di atas ini tidak memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk
mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
11.
PERNYATAAN, WARANTI
DAN AKU JANJI KONTRAKTOR
i.
Kontraktor/Pemborong/Pembekal adalah dikehendaki membekal PERKHIDMATAN MEMBEKAL PERALATAN DAN BAHAN MENCUCI UNTUK MAJLIS DAERAH HULU
SELANGOR TAHUN 2019
ii.
Seperti yang ditentukan di spesifikasi bekalan yang disediakan di dalam
kontrak/Sebut harga ini termasuk apa-apa arahan, perubahan, pindaan atau
tambahan kerja yang ditentukan oleh Yang Dipertua, Majlis Daerah Hulu Selangor
atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya dari masa ke semasa.
iii.
Sebaik sahaja Sebut harga / kontrak ini ditandatangani, pembekal
hendaklah mengemukakan salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Majlis
bagi menjalankan kerja-kerja kontrak kepada Majlis untuk tujuan rekod dan
beberapa pematuhan syarat seperti berikut;
a)
Sekiranya pembekal menggunakan khidmat pekerja-pekerja yang terdiri
daripada warganegara asing, pembekal hendaklah mengemukakan kepada Majlis
senarai nama pekerja yang diambil oleh pembekal bagi kerja-kerja kontrak
berserta dengan sesalinan passport dan permit kerja.
b)
Bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini, pembekal adalah pada
bila-bila masa dilarang mengambil bekerja, mana-mana pekerja yang sedang
berkhidmat dengan Majlis sama ada tetap, sementara kontrak atau sambilan.
c)
Salinan perakuan kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
d)
Salinan pendaftaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).
e)
Salinan pendaftaran perniagaan/syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM).
f)
Salinan Jadual Kerja-kerja Bekalan yang ditetapkan oleh pembekal dan
dipersetujui oleh Majlis.
g)
Menyediakan peralatan yang sesuai, sempurna dan mencukupi serta
sesalinan inventori diserahkan kepada Majlis.
h)
Mendapatkan kelulusan daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor
atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya akan contoh-contoh bahan yang hendak
dibekalkan dan hendaklah yang mempunyai mutu terbaik, tulen yang boleh didapati
di pasaran dan belum digunakan.
iv.
Walau apa pun yang terkandung dalam Sebut harga ini adalah disahkan oleh
Pihak-Pihak dalam Sebut harga ini bahawa:-
a)
Kesemua pekerja pembekal adalah bukan pekerja, kakitangan atau wakil dan
pembekal adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memenuhi segala syarat-syarat
pengambilan pekerja yang dimestikan oleh undang-undang yang terpakai termasuk
membuat bayaran SOCSO, pampasan pekerja dan sebagainya.
b)
Apa-apa kecederaan yang dialami oleh mana-mana pekerja pembekal sewaktu
melakukan kerja-kerja kontrak adalah bukan menjadi tanggungjawab Majlis tetapi
adalah menjadi tanggungjawab kontraktor sepenuhnya.
v.
Ringkasan Sebut harga
a)
Pembekal hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan,
cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan
kerja kontrak dengan sempurnanya.
b)
Pembekal tidak boleh membuat sebarang tuntutan bagi pelarasan harga
akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai
kerajaan, sama ada dalam tempoh sah Sebut harga atau dalam tempoh kerja.
12.
PENYELIAAN
KERJA-KERJA KONTRAK
i.
Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor boleh mewakilkan kepada
Pegawai Penyelia untuk kuasa-kuasa menyelia dan memeriksa kerja-kerja kontrak
supaya dijalankan dengan sempurna, termasuk memberi apa-apa arahan kepada pembekal
jika diperlukan.
ii.
Walau apa pun yang bertentangan yang terkandung di dalam Sebut harga ini
mana-mana Pegawai Majlis lain yang diarahkan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah
Hulu Selangor mempunyai hak sepenuhnya dari masa ke semasa untuk membuat
apa-apa pemeriksaan dan mengeluarkan apa-apa arahan kepada pembekal mengenai
kerja-kerja kontrak sekiranya dirasakan adalah perlu untuk berbuat demikian
13.
TANGGUNG RUGI
(INDEMNITI)
i.
Pembekal hendaklah pada bila-bila masa hendaklah menanggung rugi dan
menyebabkan Majlis sentiasa ditanggung rugi daripada dan terhadap semua atau
apa-apa tindakan prosiding,tuntutan yang dibuat,dikenakan atau dibawa oleh
mana-mana orang terhadap Majlis,berkenaan dengan apa-apa perkara berkaitan
dengan kecuaian,perlanggaran kewajipan atau tindakan salah oleh
kontraktor,pekerja-pekerja dan / atau agen-agennya dalam menjalankan kerja-kerja
kontrak.
ii.
Pembekal hendaklah menanggung sepenuhnya apa-apa tuntutan yang dibuat
oleh mana-mana pihak yang mengalami kerugian,kecederaan atau kematian semasa
kerja-kerja kontrak dijalankan yang mana berpunca dari kelalaian dan kecuaian
kontraktor,kakitangan atau agen kontraktor dan hendaklah memberi pampasan dan
mengganti rugi sepenuhnya jika tuntutan itu dibuat oleh mana-mana pihak yang
terbabit terhadap Majlis.
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 020403 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PERALATAN DAN PERKAKAS DOMESTIK > BAHAN PENCUCI DAN PEMBERSIHAN |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |