PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN BAGI SISTEM PENGHAWA DINGIN SECARA 'NON COMPREHENSIVE SERVICE CONTRACT' SELAMA DUA (2) TAHUN DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Shahida Suhana binti Abdul Hamid |
E-mel | shahida.suhana@selangor.gov.my |
No. Tel | 03-33711963 |
Jabatan | Khidmat Pengurusan |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Pejabat Daerah Klang |
---|---|
No. Sebut Harga | PDTK/KP/02/2019 |
Tarikh Iklan | 19 Dec 2018 - 28 Dec 2018 |
Tarikh Jual | 19 Dec 2018 - 28 Dec 2018 |
Tarikh Tutup | 28 Dec 2018 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, ARAS 1, KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG, JALAN KOTA 41902 KLANG |
Tarikh & Masa Taklimat | 21 Dec 2018 10:00 |
Alamat Taklimat |
AUDITORIUM, ARAS 2, KOMPLEKS PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG, JALAN KOTA 41902 KLANG
Kehadiran taklimat adalah diwajibkan |
Kebenaran Khas | |
Harga Dokumen | RM 10.00 |
Syarat Sebut Harga
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG
1. KENYATAAN TAWARAN
1.1. Kontraktor-kontraktor yang masih sah berdaftar seperti berikut :
Kementerian Kewangan
Kod Bidang - 220301 (Penghawa Dingin
Window/Split/Berpusat)
* Kontraktor mestilah mempunyai kod bidang dalam skop kerja yang terlibat. Kontraktor yang tidak mempunyai kod bidang tersebut, akan ditolak permohonannya.
1.2. Pegawai-pegawai yang menandatangani Sebut Harga ini ialah Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Selangor atau wakilnya atau pegawai yang dilantik bagi pihaknya untuk menandatangani Sebut Harga berkenaan.
2. SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA
2.1 Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam dokumen Sebut Harga serta menyemak kandungan dokumen-dokumen Sebut Harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang Sebut Harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini menyebabkan Sebut Harga tersebut tidak akan dipertimbangkan atau terus ditolak.
2.2 Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Selangor tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan borang yang dihantar. Sebut Harga yang diterima selepas masa dan tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
2.3 Arahan Penyebut Harga
2.3.1 Penyebut Harga hendaklah membaca arahan-arahan dan
syarat-syarat dalam dokumen Sebut Harga serta menyemak kandungan dokumen-dokumen Sebut Harga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang Sebut Harga.
2.3.2 Borang Sebut Harga yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda “No. Sebut Harga: PDTK/KP/02/2019”
2.3.3 Sampul yang mengandungi borang Sebut Harga hendaklah dihantar sendiri ke alamat seperti berikut:
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Tingkat 1, Pejabat Daerah Dan Tanah Klang,
Kompleks Pejabat Daerah Dan Tanah Klang,
Jalan Kota,
41902, Klang,
Selangor Darul Ehsan.
2.3.4 Penyebut Harga dimestikan mengisi dengan sempurna borang-borang maklumat yang terdapat di dalam Sebut Harga ini dan tidak dibenarkan untuk menceraikan borang-borang tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran ditolak.
2.3.5 Semua keterangan mengenai Sebut Harga ini atau butir-butir lengkap mengenai syarat-syarat dan penentuan perkhidmatan perlu dikemukakan bersama-sama dokumen ini.
2.3.6 Pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Klang berhak menamatkan perkhidmatan yang diberi kepada pembekal pada bila-bila masa sekiranya:
a) Tidak mematuhi jadual teknikal yang ditetapkan.
b) Tidak memenuhi kriteria yang telah dipersetujui, dan
c) Tidak membekalkan peralatan/barangan mengikut dalam spesifikasi.
*Sila rujuk Syarat-syarat Khas Sebut Harga, Perkara 3.
2.3.7 Semua pertanyaan atau penjelasan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:
a) Cik Shahida Suhana Binti Abdul Hamid
Bahagian Khidmat Pengurusan
No. Tel : 03-33711963 E-mel : shahida.suhana@selangor.gov.my
Lawatan Tapak
Bil. | Tempat Berkumpul | Alamat Lawatan Tapak | Tarikh & Waktu | Wajib Hadir |
---|---|---|---|---|
1 | Auditorium, Aras 2, Pejabat Daerah/Tanah Klang | Kompleks Pejabat Daerah Tanah/Klang | 21 Dec 2018 10:00 |
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 220301 PERKHIDMATAN > PENYELENGGARAAN/ PEMBAIKAN ALAT HAWA DINGIN > ALAT HAWA DINGIN (WINDOW, SPLIT, BERPUSAT) |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis | |
---|---|---|---|
DOKUMEN MEJA | 2.40 MB | application/pdf | Muat Turun |