MELANTIK OPERATOR SEMBURAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK 2 BAGI TUJUAN MENCEGAH PENYAKIT DEMAM DENGGI DI KAWASAN SERVIS BAGI BAHAGIAN KESIHATAN AWAM, JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM, MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Nur Afiqah binti Shawaludin |
E-mel | nurafiqah@mdhs.gov.my |
No. Tel | |
Jabatan |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
---|---|
No. Sebut Harga | SH PSP 164/2018 |
Tarikh Iklan | 29 Oct 2018 - 5 Nov 2018 |
Tarikh Jual | 29 Oct 2018 - 5 Nov 2018 |
Tarikh Tutup | 5 Nov 2018 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR JALAN BUKIT KERAJAAN, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR DARUL EHSAN. |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Bumiputera Sahaja | |
Harga Dokumen | RM 100.00 |
Syarat Sebut Harga
SYARAT-SYARAT KERJA SEBUTHARGA
1. PENYEDIAAN TENAGA KERJA TERLATIH.
PEMBORONG (KONTRAKTOR) adalah dinasihatkan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih, peralatan dan kenderaan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak MDHS.
2. INSURAN
KONTRAKTOR hendaklah atas nama bersama ‘KONTRAKTOR’ dan ‘KERAJAAN’ ( KERAJAAN NEGERI SELANGOR atau YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR) mengambil insuran seperti berikut:-
i) Insuran Pampasan Pekerja ( Workmen Compensation ) dan / atau Nombor Pendaftaran dengan PERKESO bagi kesemua pekerjanya.
ii) Insuran Liabiliti Awam dan / atau Insuran Kerja (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebutharga, hendaklah berkuatkuasa dalam tempoh perlaksanaan kerja SEBUTHARGA ini).
KONTRAKTOR hendaklah mengemukakan kepada PEGAWAI INDEN semua Polisi Insuran dan nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Walaubagaimanapun, nota-nota Perlindungan dan Resit-resit Bayaran Premium adalah sah digunakan hanya untuk memulakan kerja SEBUTHARGA sahaja. Sekiranya KONTRAKTOR gagal mengemukakan semua polisi insuran selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah PEGAWAI INDEN berhak mengambil tindakan seperti dibawah Perkara 10 (d).
3. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA
Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, Butir-butir Kerja yang dinyatakan dalam Ringkasan SEBUTHARGA dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen SEBUTHARGA ini dan juga Arahan daripada PEGAWAI INDEN atau wakilnya.
4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya KONTRAKTOR gagal memulakan kerja SEBUTHARGA ini selepas tujuh hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden kerja, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden Kerja untuk SEBUTHARGA tersebut akan dibatalkan dan tindakan Tatatertib akan diambil terhadap KONTRAKTOR.
5. SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA
KONTRAKTOR tidak dibenarkan meng ‘sub-sewakan’ kan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. KONTRAKTOR tidak boleh menyerahkan apa-apa faedah di bawah Inden Kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada PEGAWAI INDEN.
6. PENOLAKKAN BAHAN / BARANG DAN KERJA OLEH PEGAWAI INDEN
PEGAWAI INDEN atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja-kerja yang tidak menepati Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh KONTRAKTOR sendiri.
7. RINGKASAN SEBUTHARGA.
i. Ringkasan SEBUTHARGA hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang SEBUTHARGA ini dan hendaklah menjadi asas jumlah harga SEBUTHARGA.
Ii. Harga-harga dalam Ringkasan SEBUTHARGA hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan kos-kos lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja SEBUTHARGA dengan sempurna.
iii. Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi penyelarasan harga akibat daripada perubahan kos, bahan-bahan dan semua duti dan cukai KERAJAAN, samada DALAM TEMPOH SAH sebutharga atau dalam tempoh kerja.
iv. Kadar dan harga dalam Ringkasan SEBUTHARGA yang dikemukakan oleh KONTRAKTOR hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada PEGAWAI INDEN tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan SEBUTHARGA hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
v. Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan SEBUTHARGA menurut perkara (iv) di atas dan apa-apa kesilapan pengiraan dalam Ringkasan SEBUTHARGA hendaklah dilaraskan dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah harga yang dilaraskan hendaklah sama dengan jumlah harga pukal (lump sum) yang dinyatakan dalam Borang SEBUTHARGA. Jumlah harga pukal dalam Borang SEBUTHARGA hendaklah tetap tidak berubah.
8. PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA
Jika KONTRAKTOR mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen SEBUTHARGA, wakilnya hendaklah merujuk kepada PEGAWAI INDEN untuk mendapatkan keputusannya.
9. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR.
PEGAWAI INDEN berhak membatalkan Inden kerja sekiranya KONTRAKTOR berada dalam keadaan-keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada PEGAWAI INDEN.
a. Sekiranya KONTRAKTOR masih gagal menjalankan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
b. Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
c. Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
d. Tidak mematuhi arahan PEGAWAI INDEN atau Wakilnya tanpa apa-apa alasan yang munasabah.
e. Apabila KONTAKTOR diisytihar muflis (bankrup) oleh pihak yang sah.
10. KERJA PERUBAHAN
PEGAWAI INDEN boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh PEGAWAI INDEN atau yang disahkan kemudian oleh PEGAWAI INDEN boleh membatalkan SEBUTHARGA ini. Semua kerja perubahan dan / atau tambahan yang diluluskan oleh PEGAWAI INDEN akan diukur atau dinilai dengan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti / Ringkasan SEBUTHARGA. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, maka kadar harga baru yang dipersetujui oleh PEGAWAI INDEN dan KONTRAKTOR hendaklah digunakan.
11. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR.
KONTRAKTOR hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan kerja. KONTRAKTOR tidak berhak menuntut sebarang kos tambahann kerana pematuhannya dengan syarat-syarat tersebut.
12. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah KONTRAKTOR menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan telah melaksanakan segala arahan dari PEGAWAI INDEN atau Wakilnya dan mengembalikan Inden Kerja (Salinan Asal).
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 220901 PERKHIDMATAN > PENGAWALAN DAN PENGAWASAN > KAWALAN SERANGGA PEROSAK, ANTI TERMITE |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |