CADANGAN KERJA-KERJA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API BAGI PEJABAT DAN PREMIS-PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR BAGI TEMPOH 24 BULAN
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Roslan Bin Abd Rahman |
E-mel | ros.abdrahman@yahoo.com |
No. Tel | 03 6064 1331 |
Jabatan | Bahagian Perolehan |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Tender
Petender | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
---|---|
No. Tender | TDKP 6/2018 |
Tarikh Iklan | 12 Jun 2018 - 2 Jul 2018 |
Tarikh Jual | 12 Jun 2018 - 2 Jul 2018 |
Tarikh Tutup | 2 Jul 2018 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | BAHAGIAN LOBI PEJABAT MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR, KUALA KUBU BHARU |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Bumiputera Sahaja | |
Harga Dokumen | RM 300.00 |
Syarat Tender
SYARAT-SYARAT MEMBUAT TENDER
(CONDITIONS OF TENDERING)
1. Keseluruhan Kerja-kerja yang dinyatakan dalam Dokumen Tender yang ditunjukkan diatas Meja Tender (kemudian dari ini disebut ‘Dokumen Meja Tender’) akan diberi secara Kontrak.
2. (a) Tiap-tiap penender mestilah menyerahkan, dalam suatu sampul surat bertutup dan bermeteri yang dialamatkan sebagaimana ditetapkan dalam Notis Tender, suatu tender yang sah dalam Borang Tender yang diperuntukkan bersama dengan salinan Senarai Kuantiti yang diisi dan ditandatangani dengan sempurnanya. Borang Tender yang tidak lengkap atau tidak bertandatangan akan ditolak.
(b) Tiap-tipa penender mestilah mencatitkan dalam ruang yang diperuntukkan dalam Borang Tender, masa yang akan dikehendakinya bagi menyiapkan kerja-kerja itu.
(c) Penender hendaklah meletakkan harga dalam Senarai Kuantiti yang hendaklah diisi dengan dakwat dan ditandatangani dengan sempurnanya oleh penender. Kadar harga dan harga dalam Senarai Kuantiti hendaklah diteliti dan diselaraskan (jika perlu) oleh Pegawai Penguasa tentang kemunasabahannya tetapi Jumlah Wang Tender hendaklah tetap tidak berubah.
3. Jika mana-mana penender:
(a) menarik balik tendernya sebelum tamat Tempoh Sah Tender atau apa-apa tempoh lanjutan, atau
(b) mengenakan had syarat atau janjian tambahan selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan tender (dan dalam hal yang sedemikian ianya hendaklah disifatkan sebagai penarikan balik ini), atau
(c) jika sekiranya tender telah disetujuterima enggan dan tidak melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal atau mendeposit Bon Perlaksanaan atau tidak meneruskan Kerja-kerja:
maka, dalam mana-mana hal itu, Kerajaan hendaklah tanpa menyentuh apa-apa hak lain yang ada padanya, sentiasa berhak mangambil tindakan tatatertib terhadap yang bertandatangan di bawah ini atau membatalkan pendaftaran penender sebagai kontraktor Kerajaan, sebagaimana diiktirafkan perlu oleh Kerajaan.
4. Tiada apa-apa perubahan atau tambahan yang tidak dibenarkan boleh dibuat kepada Borang Tender atau mana-mana Dokumen Tender yang lain.
5. (a) Tender-tender dan dokumen-dokumen berhubung dengannya yang dinyatakan dalam Klausa 2 di atas, mestilah diserahkan di tempat dan pada atau sebelum masa yang ditetapkan dalam Notis Tender bagi penyerahan tender.
(b) Jika sesuatu tender tidak diserahkan dengan tangan, penender mestilah menguruskan bagi tendernya dan dokumen-dokumennya yang lain dihantar dengan pos supaya sempat sampai di tempat yang ditetapkan tidak lewat dari masa yang ditetapkan.
(c) Mana-mana tender yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari apa jua sebab, tidak akan dipertimbangkan.
(d) Tiada apa-apa jua perbelanjaan yang ditanggung oleh penender bagi menyediakan tendernya boleh dibayar kepadanya.
6. Jika sekiranya atas permintaannya, seseorang penender diberikan salinan-salinan sesuatu Dokuman Tender, maka adalah menjadi tanggungjawabnya seorang diri untuk meneliti salinan-salinan itu dan memuaskan hatinya bahawa salinan-salinan itu adalah sebenarnya salinan-salinan dokumen yang termasuk dalam Dokumen Meja Tender. Jika sekiranya terdapat apa-apa perbezaan atau percanggahan antara mana-mana salinan yang diberi kepada penender dengan salinan dalam Dokumen Meja Tender atau antara mana-mana dokumen yang termasuk didalamnya, maka adalah menjadi tanggungjawabnya seorang diri untuk memohon secara bertulis kepada Pegawai Penguasa supaya dibetulkan perbezaan atau percanggahan itu tidak lewat dari tujuh (7) hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan dalam Notis Tender bagi penyerahan tender. Apa-apa jawapan yang hendak dibuat oleh Pegawai Penguasa atas permohonan itu hendaklah dibuat dengan cara Memorandum Tender yang hendaklah dihantar kepada semua penender. Memorandum Tender itu hendaklah menjadi sebahagian daripada Dokumen Tender dan tender yang diterima akan disifatkan sebagai berdasarkan pada huraian, Ubahsuaian atau perluasan kepada dokumen asal yang mengandunginya.
7. Penender hendaklah disifatkan telah memriksa dan meneliti Tapakbina dan sekitarnya dan telah berpuashati sebelum menyerahkan tendernya tentang jenis bumi dan lapisan tanah, bentuk dan jenis Tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja-kerja, cara-cara perhubungan dengan dan akses ke Tapakbina, tempat tinggal yang mungkin dikehendaki dan pada amnya hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luarjangka dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan tendernya.
8. Tender-tender hendaklah terus sah selama tempoh SEMBILAN PULUH (90) hari dari tarikh akhir bagi penyerahan tender sebagaimana yang ditetapkan dalam Notis Tender ( dalam syarat-syarat Membuat Tender ini disebut “Tempoh Sah Tender”) dan tempoh ini boleh dengan persetujuan bersama dilanjutkan jika dan apabila perlu.
9. Kerajaan tidak boleh terikat menyetujuterima tender yang rendah sekali atau sesuatu tender dan juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tender.
10. Penender yang berjaya (jika ada) hendaklah diberitahu tentang tendernya dengan surat (disebut “surat Setujuterima Tender”) dalam Tempoh Sah Tender atau apa-apa tempoh lanjutan Penender tersebut hendaklah dengan seberapa segera yang praktik tetapi sebelum bermulanya Kerja mendeposit dengan Pegawai Penguasa perkara-perkara berikut:
(a) Bon Perlaksanaan berjumlah sebanyak 5% daripada Jumlah Wang Kontrak.
(b) Polisi Insuran Tanggungan Awam ( Iaitu insurans terhadap bencana kepada orang-orang atau kerosakan kepada harta ) atau Nota Liputan berserta dengan resit bagi premium yang telah dibayar.
(c) Nombor pendaftaran di bawah Skim keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) dan / atau
(d) Polisi Insurans Pampasan Pekerja atau Nota Liputan berserta dengan resit bagi premium yang telah dibayar.
Penender tersebut hendaklah juga dalam masa yang berpatutan selepas itu mendeposit Polisi Insurans bagi Kerja-kerja itu dan melaksanakan perjanjian Kontrak yang formal.
11. Semua jadual butir-butir yang dilampirkan kepada Dokumen Tender hendaklah diisi dan diserahkan oleh penender berserta dengan tendernya.
12. Tiap-tiap notis yang hendak diberi kepada penender bolehlah diposkan ke alamatnya yang dinyatakan dalam tender itu dan penegposan itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang sempurna akan notis itu.
13. Perkataan-perkataan “Penender yang berjaya” hendaklah bererti bahawa penender yang mana tendernya telah diluluskan dan disetujuterima oleh Kerajaan.
14. Perkataan “penender” dalam Syarat-syarat ini hendaklah disifatkan sebagai termasuk dua orang atau lebih.
15. Jika penender tidak mematuhi Syarat-syarat tersebut di atas mengenai apa-apa jua hal maka tendernya boleh ditolak.
16. Syarat-syarat Membuat Tender ini, setakat mana Syarat-syarat itu mungkin menyentuh perlaksanaan Kontrak ini, hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada Kontrak ini.
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 220801 PERKHIDMATAN > PERTAHANAN DAN KESELAMATAN > KAWALAN KESELAMATAN (PERLU LESEN KDN) |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|