PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI RUMAH PERLINDUNGAN MUALAF BAITUL SALAM, SEKSYEN 30, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Nadzifah bt. Dalugamin |
E-mel | nadzifah@mais.gov.my |
No. Tel | 03-55143753 |
Jabatan | BAHAGIAN BELANJAWAN&PEROLEHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Agama Islam Selangor |
---|---|
No. Sebut Harga | SEBUT HARGA MAIS BIL. SH4/2015 |
Tarikh Iklan | 1 Dec 2015 - 22 Dec 2015 |
Tarikh Jual | 11 Dec 2015 - 22 Dec 2015 |
Tarikh Tutup | 22 Dec 2015 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
SETIAUSAHA, MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR, TINGKAT 9, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5, 40000 SHAH ALAM |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Bumiputera Sahaja | |
Harga Dokumen | RM 10.00 |
Syarat Sebut Harga
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI RUMAH PERLINDUNGAN MUALAF BAITUL SALAM, SEKSYEN 30, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
SH4/2015
1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan (keutamaan kepada pembekal Bumiputera Dan Beragama Islam) yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 220801 Kawalan Keselamatan (Perlu Lesen KDN)
2. Sebut Harga ini akan dibuka pada 1 Disember 2015 hingga 22 Disember 2015 pada jam 12 tengahari. Borang Sebut Harga bolehlah diambil mulai 16 Disember 2015 pada waktu pejabat di Majlis Agama Islam Selangor, Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 SHAH ALAM.
3. Salinan asal dan salinan Photostat (tidak dikembalikan) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dari Kementerian Kewangan, Lesen Untuk Menjalankan Urusan Agensi Persendirian Dari KDN dan Sijil/ Kad Perakuan Islam (Sekiranya bukan Bumiputera) hendaklah dikemukakan semasa pengambilan borang Sebut Harga tersebut.
4. Satu lawatan tapak akan diadakan pada 9 Disember 2015 (Rabu) jam 10.00 pagi bertempat di Rumah Perlindungan Mualaf Baitul Salam, Seksyen 30, Shah Alam dan pihak penyebut harga adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi lawatan tapak ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Mohd Khairol bin Mohd Rashid (012-315 2532)
5. Bagi pembelian Sebut Harga, Penyebut harga disyaratkan :
i) Menghadiri lawatan tapak
ii) Membeli Dokumen Sebut Harga sebanyak RM10.00 secara atas talian melalui laman web Tender Selangor di tender.selangor.gov.my;
iii) Menyertai Saham Wakaf MAIS, minima RM10.00 (Kaunter PWS, Ground Floor, Menara Selatan, Bangunan S.I.S.) dan;
Nota : Sila kemukakan resit di atas semasa pembelian dokumen Sebut Harga
6. Semua dokumen Sebut Harga hendaklah dimasukkan dalam sampul surat yang berlakri mencatatkan No. Sebut Harga dan dimasukkan ke dalam peti Sebut Harga dialamatkan:
SETIAUSAHA,
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 9, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5,
40000 SHAH ALAM
pada atau sebelum 22 Disember 2015 (Selasa), jam 12.00 tengahari. Pihak MAIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana Sebut Harga yang dikirimkan melalui pos.
7. MAIS tidak akan terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran Sebut Harga. MAIS berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab atas keputusan tersebut.
Lawatan Tapak
Bil. | Tempat Berkumpul | Alamat Lawatan Tapak | Tarikh & Waktu | Wajib Hadir |
---|---|---|---|---|
1 | BALAI PENGAWAL PUSAT PERLINDUNGAN MUALLAF BAITUL SALAM | RUMAH PERLINDUNGAN MUALLAF BAITUL SALAM SEKSYEN 30 SHAH ALAM | 9 Dec 2015 10:00 |
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF | 220801 PERKHIDMATAN > PERTAHANAN DAN KESELAMATAN > KAWALAN KESELAMATAN (PERLU LESEN KDN) |
---|
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. | Tarikh | Penilai | Keseluruhan Markah | Tindakan |
---|---|---|---|---|
Tiada rekod penilaian |