Pegawai Bertanggungjawab |
Nama |
Tender Admin |
E-mel |
tenderadmin@selangor.gov.my |
No. Tel |
0355447557 |
Jabatan |
Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat SUK Selangor |
Tarikh |
Tajuk |
|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Tender
Petender |
Majlis Agama Islam Selangor |
No. Tender |
SEBUT HARGA MAIS BIL. SH1/2014 |
Tarikh Iklan |
19 May 2014 -
2 Jun 2014 |
Tarikh Jual |
19 May 2014 -
2 Jun 2014 |
Tarikh Tutup |
2 Jun 2014 |
Masa Tutup |
12:00 PM |
Tempat Hantar |
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 9, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5,
40000 SHAH ALAM
|
Kebenaran Khas |
|
Harga Dokumen |
RM 10.00 |
Syarat Tender
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENYUSUN PERABOT ASRAMA DI PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan (keutamaan kepada pembekal Bumiputera Dan Beragama Islam) yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 020101 Perabot, Perabot Makmal dan Kelengkapan Berasaskan Kayu/Rotan/Fabrik/Logam/Plastik (Workstation) dan/atau 020199 Pembuat untuk membekal, menghantar, memasang dan menyusun perabot asrama di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Majlis Agama Islam Selangor.
2. Pembelian Dokumen Sebut Harga adalah secara atas talian di laman web Tender Selangor di tender.selangor.gov.my dan Dokumen Sebut Harga bolehlah diambil mulai 21 Mei 2014 pada waktu pejabat di Majlis Agama Islam Selangor, Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam pada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
3. Penyebutharga DIWAJIBKAN mengemukakan salinan asal dan salinan photostat (tidak dikembalikan) bagi dokumen seperti di bawah semasa pembelian dokumen sebut harga:
i) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan;
ii) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dari Kementerian Kewangan;
iii) Sijil/Kad Perakuan Islam (sekiranya bukan Bumiputera);
iv) Resit bayaran Sumbangan Zakat Perniagaan di mana-mana Kaunter Lembaga Zakat Selangor; (kaunter Cawangan LZS disediakan di Tingkat Bawah, Menara Selatan)
v) Resit Saham Wakaf MAIS, minima RM 10.00 (kaunter Cawangan Perbadanan Wakaf Selangor disediakan di Tingkat Bawah, Menara Selatan);
vi)Resit bayaran pembelian Dokumen Sebut Harga sebanyak RM10.00.
Nota:**Sila kemukakan ketiga-tiga resit bagi pekara iv,v dan vi di atas semasa
pembelian dokumen sebut harga.
4. Semua dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan dalam sampul surat yang berlakri mencatatkan No. Sebut harga dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga dialamatkan kepada:
SETIAUSAHA,
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 9, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5,
40000 SHAH ALAM
sebelum atau pada 2 Jun 2014 (Isnin) jam 12.00 tengahari. Pihak MAIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana dokumen sebutharga yang dikirimkan melaui pos.
5. MAIS tidak tertakluk untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.
6. MAIS berhak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab atas keputusan tersebut.
SETIAUSAHA
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Kod-Kod Bidang
Kod Bidang MOF |
020101 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PERABOT, KELENGKAPAN DAN AKSESORI > PERABOT, PERABOT MAKMAL DAN KELENGKAPAN BERASASKAN
KAYU/ROTAN/FABRIK/LOGAM/PLASTIK (WORKSTATIONS) ATAU 020199 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > PERABOT, KELENGKAPAN DAN AKSESORI > PEMBUAT
|
Senarai Prestasi Syarikat
Bil. |
Tarikh |
Penilai |
Keseluruhan Markah |
Tindakan |
Tiada rekod penilaian |