NOTIS RALAT SENARAI KUANTITI DAN PINDAAN TARIKH TUTUP

4 Sep 2026 • Oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor untuk MENAIK TARAF GELANGGANG FUTSAL TAMAN TANJAK, KUALA KUBU BHARU, MP HULU SELANGOR.

Dimaklumkan bahawa terdapat kesilapan pada Senarai Kuantiti bagi perolehan ini. Sehubungan itu, pindaan sewajarnya telah dibuat dan para petender diminta merujuk kepada dokumen Senarai Kuantiti yang telah dikemas kini.

Tarikh tutup perolehan ini ditunda seperti ketetapan berikut:

Tarikh tutup baharu: 9 September 2026 (Rabu)

Para petender hendaklah mengemukakan semua dokumen sebut harga yang lengkap dan berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup baharu tersebut mengikut kaedah serta tempat penghantaran yang telah ditetapkan.

Pihak Majlis memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul akibat kesilapan tersebut.

Sekian, terima kasih.