SEMINAR MELESTARIKAN PEROLEHAN MPSEPANG 2026

29 Aug 2026 • Oleh Majlis Perbandaran Sepang untuk 1. Lonjakan Digital MPSepang: Transformasi Tender & Kontrak PBT Masa Depan 2. Pemerkasaan Kontraktor Melalui Sistem iPMS: Panduan Penggunaan dan Pengurusan Tender 3. Daripada Tender Kepada Projek: Akses Peluang Pembiayaan dan Kemudahan untuk Kontraktor MPSepang 4. Memperkasa Amalan Arborikultur Terbaik ke Arah Pokok Bandar yang Selamat, Sihat & Mampan

JEMPUTAN MENYERTAI SEMINAR MELESTARIKAN PEROLEHAN MPSEPANG 2026

Dengan segala hormatnya, pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) ingin menjemput Tuan/Puan serta wakil organisasi untuk menyertai Seminar Melestarikan Perolehan MPSepang 2026: Memperkasakan Pendigitalan Pengurusan Tender & Kecemerlangan Piawaian Arborikultur.

Seminar ini dianjurkan sebagai platform perkongsian ilmu dan maklumat berkaitan perkembangan pengurusan tender, kontrak dan perolehan MPSepang, selain memberi pendedahan kepada kontraktor mengenai peluang pembiayaan serta amalan terbaik dalam pengurusan arborikultur dan landskap.

Maklumat seminar adalah seperti berikut:

Tarikh : 1 Oktober 2026 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Cyber Event Hall, Cyberjaya

 

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN

Khamis, 24 September 2026

Antara topik yang akan diketengahkan ialah:

  • Lonjakan Digital MPSepang: Transformasi Tender & Kontrak PBT Masa Depan
  • Pemerkasaan Kontraktor Melalui Sistem iPMS: Panduan Penggunaan dan Pengurusan Tender
  • Daripada Tender Kepada Projek: Akses Peluang Pembiayaan dan Kemudahan untuk Kontraktor MPSepang
  • Memperkasa Amalan Arborikultur Terbaik ke Arah Pokok Bandar yang Selamat, Sihat & Mampan

Kelebihan peserta:

  • 10 CCD Point (CIDB)
  • Sijil Kursus Penyelenggaraan Landskap
  • Pendedahan kepada peluang pembiayaan kepada kontraktor
  • Peluang mendapatkan informasi terkini berkaitan perolehan dan tender MPSepang
  • Peluang membina jaringan bersama pihak industri dan kontraktor

Yuran Penyertaan:

Harga Normal: RM399 seorang
Early Bird: RM359 seorang (sehingga 15 September 2026)
Combo 2 peserta: RM700
Combo 5 peserta: RM1,750

 

Penyertaan adalah terhad dan kami menggalakkan Tuan/Puan untuk membuat pendaftaran lebih awal bagi mendapatkan kadar Early Bird.