ADENDUM NO.1 CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN DI ATAS LOT 15805 MUKIM ULU YAM, DAERAH

8 May 2026 • Oleh Majlis Agama Islam Selangor untuk TAWARAN TENDER CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN DI ATAS LOT 15805 MUKIM ULU YAM, DAERAH HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan iklan tender seperti di dalam laman sesawang Sistem Tender Online Selangor bertarikh 30 April 2026.

2.       Bersama-sama ini dikemukakan Surat Addendum No. 1 kepada Dokumen Tender MAIS Bil.T1/2026.  Addendum di atas hendaklah digantikan muka surat berkenaan dan dimasukkan semasa pihak tuan menghargakan Ringkasan Tender dan hendaklah disertakan bersama-sama Dokumen Tender semasa penutupan Tender ini. Surat Akuan Penerimaan hendaklah disertakan dan menjadi sebahagian daripada Dokumen Tender semasa penutupan sebut harga ini.

3.       Kegagalan pihak tuan mengambil tindakan seperti yang digariskan di atas akan menyebabkan sebut harga tuan ditolak.

4.       Untuk perhatian tuan, Tarikh Tutup Tender adalah kekal pada 21 Mei 2026 (Khamis). Sebarang kesulitan sila hubungi Pn. Raja Nurhidayah di talian 03-55143753 untuk maklumat lanjut.

Sekian untuk tindakan pihak tuan selanjutnya