PEMBETULAN SYARAT KELAYAKAN IKLAN SEBUT HARGA

12 Aug 2025 • Oleh Jabatan Pengairan dan Saliran untuk KERJA-KERJA PENYIASATAN TANAH BAGI PROJEK TEBATAN BANJIR SUNGAI SELANGOR, DAERAH KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

Dengan hormatnya dimaklumkan,

TELAH BERLAKU RALAT PADA IKLAN SEBUT HARGA
Kerja-Kerja Penyiasatan Tanah Bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Selangor, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat ketidaktepatan syarat penyertaan pada iklan asal yang tersiar di portal ini. Pembetulan syarat kelayakan adalah seperti berikut:  

- Hanya syarikat berdaftar CIDB Gred 1 dibenarkan menyertai sebut harga ini.  
- Syarikat CIDB Gred lain TIDAK LAYAK untuk mengambil dokumen atau menghantar tawaran.  

Tiada pembelian dokumen sebut harga dilakukan setakat ini. Iklan ini telah diperbetulkan, dan semua pihak diingatkan agar merujuk syarat terkini sebelum membuat sebarang tindakan.  

Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang disebabkan. Kerjasama semua pihak amat dihargai.  

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Banjir Dan Rekabentuk 
JPS Selangor