Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengisytihar cuti hari kelepasan am pada 14/ 08/ 2023 (Isnin). Oleh yang demikian, Pejabat Majlis Perbandaran Hulu Selangor menganjakkan tarikh penghantaran dokumen pada hari 15/ 08/ 2023 (Selasa) .
3. Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama dari pihak tuan terhadap perkara ini amat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN PEROLEHAN ditalian 03-6064 1331 smbg. 113.
Bahagian Perolehan,
Majlis Perbandaran Hulu Selangor