KERJA-KERJA MENAIKTARAF LONGKANG DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN DURIAN 6, SERTA MENGGANTIKAN PAGAR KESELAMATAN DI HADAPAN TAMAN PERIANG, SUNGAI MANGGIS, BANTING, KUALA LANGAT
| Pegawai Bertanggungjawab | |
|---|---|
| Nama | NOR AZIDA BINTI AZMI |
| E-mel | azida@mpkl.gov.my |
| No. Tel | 03-38530303 |
| Jabatan | UPUB |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| 15/06/2026 | RALAT: PINDAAN MUKA SURAT HADAPAN DOKUMEN SEBUTHARGA | Selanjutnya |
Maklumat Sebut Harga
| Petender | Majlis Perbandaran Kuala Langat |
|---|---|
| No. Sebut Harga | MPKL/JK/SH:45/2026 |
| Tarikh Iklan | 8 Jun 2026 - 22 Jun 2026 |
| Tarikh Jual | 13 Jun 2026 - 22 Jun 2026 |
| Tarikh Tutup | 22 Jun 2026 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar | UNIT PEROLEHAN & UKUR BAHAN Majlis Perbandaran Kuala Langat Tingkat 1, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan. |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Bumiputera Sahaja | |
| Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | KUALA LANGAT SAHAJA |
| Harga Dokumen | RM 150.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang mempunyai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Perakuan Pendaftaran Kontraktor oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sijil TCC berstatus PATUH dan Sijil Taraf Bumiputera di dalam bidang kerja berkenaan dan pendaftarannya masih berkuatkuasa untuk mengambil bahagian dan menjalankan kerja-kerja berikut:-
SPKK Gred : G1 Kategori : CE Pengkhususan : CE21 Pembinaan Kejuruteraan Awam DAN UPEN
Unit Perancang Ekonomi Negeri
i) Setiap dokumen sebut harga dijual dengan harga RM 150.00 secara ONLINE. Pembayaran boleh dibuat secara kad kredit atau debit kad dan wang bayaran tidak akan dikembalikan. ii) Dokumen meja tawaran dipamerkan mulai 13 JUN 2026 (SABTU) di Unit Perolehan dan Ukur Bahan , Majlis Perbandaran Kuala Langat, Tingkat 1, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor. iii) Penyebutharga perlu terlebih dahulu mendaftar secara ONLINE di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my sebelum pembelian Dokumen Sebut harga dan mengemaskini maklumat pendaftaran SPKK, CIDB dan UPEN. Sekiranya gagal berbuat demikian adalah tidak layak untuk membeli Dokumen Sebut Harga tersebut. iv) Dokumen Sebut harga boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan WAJIB dibukukan / didokumentasikan. v) Dokumen Sebut harga yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL SURAT BERLAKRI dan dimasukkan ke dalam PETI TENDER seperti tertera di atas. vi) Penyebutharga WAJIB mengemukakan TCC bersama-sama Dokumen Sebutharga semasa mengemukakan tawaran. Penyebutharga boleh membuat semakan dan cetakan melalaui Portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.gov.my. Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan seperti mana pembayaran cukai berdaftar masuk bagi tujuan pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-Filing. TCC dikemukakan hendaklah berstatus PATUH dan sah dalam tempoh semasa perolehan. vi) Penghantaran Dokumen Sebut harga perlu disertakan bersama RESIT PEMBAYARAN sebagai bukti pembelian. vii) Penyebutharga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya. viii) Penyebutharga perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Arahan Kepada Penyebutharga dan Syarat-syarat Sebut harga di dalam Dokumen Sebut harga sebelum mengemukakan Dokumen Sebut harga. Jika Dokumen Sebut harga yang dikemukakan didapati tidak mematuhi syarat-syarat tersebut, dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya. ix) Dokumen Sebut harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa berbangkit dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak dipertimbangkan. x) Tarikh tutup penjualan Dokumen sebut harga adalah pada 22 JUN 2026 (ISNIN). Dokumen Sebut harga tidak akan dikeluarkan selepas dari waktu tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi UNIT PEROLEHAN & UKUR BAHAN di Talian 03-38530303 sambungan 2503.
Kod-Kod Bidang
| Gred CIDB |
|
|---|---|
| Bidang Pengkhususan CIDB | CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM |
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis | |
|---|---|---|---|
| CONTOH BQ | 0.99 MB | application/pdf | Muat Turun |
