MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI MUZIUM/PREMIS PENTADBIRAN PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR
| Pegawai Bertanggungjawab 1 | Pegawai Bertanggungjawab 2 | ||
|---|---|---|---|
| Nama | AZURA BINTI BASRI | Nama | MUHAMAD BIN SIDIK |
| E-mel | azura@padat.gov.my | E-mel | muhamad@padat.gov.my |
| No. Tel | 03-55190050/0355197604 | No. Tel | 03-55190050/01120710061 |
| Jabatan | PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR(PADAT) | Jabatan | PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| 09/06/2026 | PEMAKLUMAN KEPADA PETENDER | Selanjutnya |
Maklumat Tender
| Petender | Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor |
|---|---|
| No. Tender | TENDER/PADAT/UKP/01/2026 |
| Tarikh Iklan | 25 May 2026 - 29 Jun 2026 |
| Tarikh Jual | 4 Jun 2026 - 29 Jun 2026 |
| Tarikh Tutup | 29 Jun 2026 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar |
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, TINGKAT L1, PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT) D/A BANGUNAN MUZIUM SULTAN ALAM SHAH PERSIARAN BANDARAYA 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN |
| Tarikh & Masa Taklimat | 4 Jun 2026 09:30 |
| Alamat Taklimat |
AUDITORIUM DAENG CHELAK, TINGKAT L1, D/A BANGUNAN MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, PERSIARAN BANDARAYA, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
Kehadiran taklimat adalah diwajibkan |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Bumiputera Sahaja | |
| Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | SELURUH SELANGOR |
| Harga Dokumen | RM 100.00 |
Syarat Tender
Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah bidang kod bidang yang berkaitan sahaja, Pendaftaran Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan mempunyai Lesen dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang masih sah dan berkuatkuasa dibenarkan menyertai tender ini.
Petender yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender pada 04.06.2026(Khamis) di Auditorium Daeng Chelak, Tingkat L1 jam 9.30 pagi. Hanya penama dalam pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan sahaja dibenarkan hadir ke sesi taklimat ini. Wakil Syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat. Kegagalan menghadiri taklimat tender akan menyebabkan petender TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam tender tersebut.
Petender hendaklah menyediakan cop syarikat, salinan Kad Pengenalan Penama, salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seperti kod bidang yang disenaraikan di atas, salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera (sekiranya berkaitan) dan Salinan Lesen Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang masih sah tempohnya untuk pengesahan sebelum dibenarkan menghadiri taklimat dan membeli dokumen. Satu (1) set sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan PADAT ini semasa menghadiri taklimat.
Harga Dokumen Tender ialah RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja) dan dibeli dengan menggunakan BANK DRAF SAHAJA. Dokumen Tender hanya boleh diperolehi di Bahagian Khidmat Pengurusan Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor Tingkat 1, d/a Bangunan Muzium Sultan Alam, Persiaran Bandaraya, 40000 Shah Alam (pada waktu pejabat sahaja). Hanya satu (1) dokumen tender dibenarkan untuk seorang pemilik syarikat.
Dokumen atau Borang Tawaran Tender hendaklah dibuat mengikut format borang yang telah ditetapkan dan diisikan dengan lengkap dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dituliskan nombor tender di sebelah atas kiri sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
D/A BANGUNAN MUZIUM SULTAN ALAM SHAH
PERSIARAN BANDARAYA
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
Pihak PADAT berhak menolak mana-mana dokumen tender yang dikemukakan lewat dari tarikh tutup. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan penghantaran dokumen tender tersebut. .Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan tender ini, sila hubungi Urus Setia Perolehan di talian 03-55190050 untuk penjelasan.
Lawatan Tapak
| Bil. | Tempat Berkumpul | Alamat Lawatan Tapak | Tarikh & Waktu | Wajib Hadir |
|---|---|---|---|---|
| 1 | AUDITORIUM DAENG CHELAK, TINGKAT L1 | AUDITORIUM DAENG CHELAK, TINGKAT L1, BANGUNAN MSAS, PERSIARAN BANDARAYA, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM | 4 Jun 2026 09:30 |
Kod-Kod Bidang
| Kod Bidang MOF | 220801 PERKHIDMATAN > PERTAHANAN DAN KESELAMATAN > KAWALAN KESELAMATAN (PERLU LESEN KDN) |
|---|
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis |
|---|
