SEBUT HARGA TERBUKA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR MITSUBISHI ASX 4WD BPE 5854
Pegawai Bertanggungjawab 1 | Pegawai Bertanggungjawab 2 | ||
---|---|---|---|
Nama | Norhaliza Binti Samuri | Nama | Norhaliza Binti Samuri |
E-mel | norhaliza@selangor.gov.my | E-mel | norhaliza@selangor.gov.my |
No. Tel | 0355205648 | No. Tel | 0355205648 |
Jabatan | PEJABAT TANAH GALIAN NEGERI SELANGOR | Jabatan | PEJABAT TANAH GALIAN NEGERI SELANGOR |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
18/07/2025 | PELANJUTAN TEMPOH IKLAN BAGI SEBUT HARGA SH/PTGS/05/2025 | Selanjutnya |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Pejabat Tanah Dan Galian Selangor |
---|---|
No. Sebut Harga | SH/PTGS/05/2025 |
Tarikh Iklan | 14 Jul 2025 - 28 Jul 2025 |
Tarikh Jual | 14 Jul 2025 - 28 Jul 2025 |
Tarikh Tutup | 28 Jul 2025 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR, TINGKAT 4 , BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, 40576 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | SELURUH SELANGOR |
Harga Dokumen | RM 0.00 |
Syarat Sebut Harga
1.Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:
Keterangan Aset: Mitsubishi ASX 4WD
Nombor Pendaftaran: BPE 5854
Kuantiti: 1
Harga Simpanan:RM16,000.00
2.Aset boleh dilihat pada 15 Julai 2025 (Selasa) hingga 16 Julai 2025 (Rabu) di antara jam 10.00 pagi hingga 12.30 Tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang di alamat seperti di bawah. Sila hubungi Pegawai Yang Bertanggungjawab (PIC) terlebih dahulu sekiranya untuk melihat aset di lokasi yang tertera.
Tempat Letak Kenderaan Jabatan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Aras Bawah, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Pegawai Yang Bertanggungjawab (PIC): En. Mohd Jeffry bin Omar (03-55447832)
En. Mohd Azzuan Shah bin Mohd Azan (03-55447814)
3.Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan ( KEW.PA – 28 ) yang boleh diperolehi di alamat seperti di para 4. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.
4.Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan di tanda No. Sebut Harga SH/PTGS/05/2025 Dan dihantar DAN dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat:-
Pengarah
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor
Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40576 Shah AlamSelangor Darul Ehsan
5.Tarikh tutup sebut harga adalah pada 21 Julai 2025 (Isnin) jam 12.00 tengahari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
SYARAT DAN PERATUAN SEBUT HARGA
1.Aset akan dijual tertakhluk kepada harga simpanan.
2.Penyebut harga adalah dikehendaki menyertai deposit sebut harga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM 5,000.00 mengikut mana yang terendah. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk Wang Pos atau Draf Bank Sahaja atas nama BENDAHARI NEGERI SELANGOR
3.Tawaran tanpa / kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
4.Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat( as-is-where-is basis )
5.Jabatan tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
6.Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal( dismantle ), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
7.Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu ( 1 ) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebutharga tidak akan dikembalikan.
8.Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Jabatan berhak untuk melupuskan aset tersebut.
9.Semua logo dan tanda Jabatan (sekiranya ada) pada aset mestilah dipadamkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aset itu di ambil oleh pembeli.
10.Pembida perlu mengisi satu (1) borang untuk satu (1) bidaan dan disertakan satu bayaran berbentuk wang pos atau draf bank untuk satu (1) bidaan sahaja.
11.Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan boleh menghubungi terus Pegawai Yang Bertanggungjawab iaitu Encik Mohd Jeffry bin Omar (0355447832)
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis | |
---|---|---|---|
SH/PTGS/05/2025 | 3.92 MB | application/vnd.openxmlformats-officedocument.wordprocessingml.document | Muat Turun |