Cetak
PDHL.21/2025

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF TANAH PERKUBURAN ISLAM KG BUKIT KEPONG DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama MOGNA A/P SILVAKUMARAN
E-mel mogna.silvakumaran@selangor.gov.my
No. Tel 03-89251992 SAMB 6600
Jabatan PEJABAT DAERAH HULU LANGAT (PEMBANGUNAN)
Tarikh Tajuk  
13/06/2025 RALAT DOKUMEN PDHL.21/2025 Selanjutnya

Maklumat Sebut Harga

Petender Pejabat Daerah Hulu Langat
No. Sebut Harga PDHL.21/2025
Tarikh Iklan 9 Jun 2025 - 16 Jun 2025
Tarikh Jual 9 Jun 2025 - 16 Jun 2025
Tarikh Tutup 16 Jun 2025
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar PETI SEBUTHARGA
TINGKAT 2,
BAHAGIAN PEMBANGUNAN,
PEJABAT DAERAH HULU LANGAT,
BANGUNAN SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH,
SEKSYEN 9, 43650 BANDAR BARU BANGI
Kebenaran Khas
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    HULU LANGAT SAHAJA
Harga Dokumen RM 30.00

Syarat Sebut Harga

1.         Sebut harga dipelawa daripada  kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred G1 dengan pengkhususan Kod Bidang CE21 serta  berdaftar di Unit Perancangan Negeri Selangor (UPEN) adalah dibenarkan untuk menyertai sebut harga ini.

 

2.         Pejabat ini menjemput tuan mengemukakan sebut harga untuk kerja-kerja di atas. Sila kemukakan borang sebut harga yang telah diisi ke dalam sampul surat dan kemudiannya dimeterai serta alamatkan kepada Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat.

 

3.         Kontraktor yang mempunyai kerja-kerja dalam tangan di bawah Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat adalah tidak layak menyertai sebut harga ini dan tidak akan dipertimbangkan.

 

4.         Borang sebut harga boleh diperoleh secara ONLINE menerusi Sistem Tender Online Selangor di tender.selangor.my mulai 09 Jun 2025 (Isnin) hingga 16 Jun 2025 (Isnin). Semua dokumen sebutharga yang telah diisi dengan lengkap dan perlu dikepilkan bersama (binding/stapler) hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari bertarikh 16 Jun 2025 (Isnin).


5.         Sila tuliskan dibahagian sebelah atas kiri sampul surat tersebut nama projek, nombor sebut harga, masa dan juga tarikh seperti yang tersebut di atas.

 

6.         Borang sebut harga akan dibatalkan sekiranya terdapat:

 

  1. Sebarang pindaan tanpa tandatangan ringkas;
  2. Kiraan yang salah;
  3. Borang yang tidak lengkap diisi;
  4. Borang yang dihantar lewat pada tarikh dan masa tutup sebut harga;
  5. Borang yang dikemukakan lebih dari satu daripada syarikat yang sama;
  6. Tidak menyertakan salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri atau Pembinaan (CIDB), Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Salinan Pendaftaran UPEN yang masih sah tempoh pendaftaran, dan Resit asal pembelian sebut harga.

 

 

Sekian, terima kasih.

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G1) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM200,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis