KERJA-KERJA PEMBAIKAN BUMBUNG DAN SILING SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI MASJID AS-SAADAH, BANDAR SULTAN SULEIMAN, PELABUHAN KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Tc. HAZILAH BINTI ZAINUDDIN |
E-mel | hazilahz@jkr.gov.my |
No. Tel | 0333714040 |
Jabatan | JKR DAERAH KLANG |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
13/06/2025 | Pindaan Senarai Kuantiti muka surat BQ2/1 | Selanjutnya |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Jabatan Kerja Raya Klang |
---|---|
No. Sebut Harga | JKR/KLG/41/2025(N) |
Tarikh Iklan | 9 Jun 2025 - 18 Jun 2025 |
Tarikh Jual | 11 Jun 2025 - 17 Jun 2025 |
Tarikh Tutup | 18 Jun 2025 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | PEJABAT JURUTERA DAERAH KLANG, JKR KLANG, NO. 1, LORONG SEMBILANG 8E, OFF JALAN TEPI SUNGAI, 41100 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN |
Tarikh & Masa Taklimat | 11 Jun 2025 09:30 |
Alamat Taklimat |
DEWAN MASJID AS-SAADAH, BANDAR SULTAN SULEIMAN, PELABUHAN KLANG
Kehadiran taklimat adalah diwajibkan |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Bumiputera Sahaja | |
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | SELURUH SELANGOR |
Harga Dokumen | RM 50.00 |
Syarat Sebut Harga
- Sebutharga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat Bumiputera Negeri Selangor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK, STB dan dalam Gred G3, Kategori B, Pengkhususan B04 dan B28.
- Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.my .
- Sila pastikan Maklumat syarikat (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
- Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian DIWAJIBKAN melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
- Dokumen sebutharga hendaklah DIBUKUKAN (stapler/binding/jilid) bersama-sama dengan dokumen WAJIB (Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran (PKK), Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan salinan resit pembelian online). Kegagalan kontraktor mematuhi syarat-syarat ini akan menyebabkan sebutharga ditolak dan tidak dipertimbangkan.
- Penyebut Harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (SA) – Rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.
- Borang sebutharga boleh dimuat turun mulai tarikh 11 Jun 2025 hingga 17 Jun 2025 secara ONLINE SAHAJA.
TAKLIMAT TAPAK
Taklimat tapak adalah DIWAJIBKAN. Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.
Kontraktor tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK & STB. Hanya seorang penama yang tercatat di dalam sijil sahaja dibenarkan menghadiri taklimat tapak. Maklumat tarikh dan masa bagi taklimat tapak adalah seperti berikut:-
TARIKH : 11 Jun 2025
TAKLIMAT : 9.30 Pagi
PENDAFTARAN : 9.00 Pagi – 9.30 pagi
TEMPAT : DEWAN MASJID AS-SAADAH, BANDAR SULTAN SULEIMAN, PELABUHAN KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
PENYERAHAN DOKUMEN SEBUTHARGA
- Dokumen yang telah dimuat turun hendaklah DIBUKUKAN bersama dokumen-dokumen WAJIB (profil syarikat, penyata bank dan salinan resit pembelian online). Kegagalan kontraktor mematuhi syarat-syarat ini akan menyebabkan sebutharga ditolak dan tidak dipertimbangkan.
- Borang sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga di PEJABAT JURUTERA DAERAH KLANG, JKR KLANG, NO. 1, LORONG SEMBILANG 8E, OFF JALAN TEPI SUNGAI, 41100 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 18 Jun 2025 dan sekiranya berlaku sebarang kelewatan, sebutharga tidak akan diterima.
Lawatan Tapak
Bil. | Tempat Berkumpul | Alamat Lawatan Tapak | Tarikh & Waktu | Wajib Hadir |
---|---|---|---|---|
1 | DEWAN MASJID AS-SAADAH, BANDAR SULTAN SULEIMAN, PELABUHAN KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN | MASJID AS-SAADAH, BANDAR SULTAN SULEIMAN, PELABUHAN KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN | 11 Jun 2025 09:30 |
Kod-Kod Bidang
Gred CIDB |
|
---|---|
Bidang Pengkhususan CIDB |
B04 KERJA AM BANGUNAN
DAN B28 KERJA UBAHSUAI |
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|