Cetak
PDHL. 86/2022 (PEMBANGUNAN)

PROJEK AKAUN AMANAH PERKUBURAN BIL. 1 TAHUN 2022 PDTHL:KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN TANAH PERKUBURAN HINDU BATU 11 CHERAS, MUKIM KAJANG, DAERAH HULU LANGAT

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama Saraspathy a/p S Selamani
E-mel saraspathy@selangor.gov.my
No. Tel Encik Mohd Zahid di talian 03-89256600/6640
Jabatan PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU LANGAT
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Pejabat Daerah Hulu Langat
No. Sebut Harga PDHL. 86/2022 (PEMBANGUNAN)
Tarikh Iklan 8 Aug 2022 - 15 Aug 2022
Tarikh Jual 8 Aug 2022 - 15 Aug 2022
Tarikh Tutup 15 Aug 2022
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar BAHAGIAN PEMBANGUNAN,
PEJABAT DAERAH HULU LANGAT,
BANGUNAN SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH,
SEKSYEN 9, 43650 BANDAR BARU BANGI
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    HULU LANGAT SAHAJA
Harga Dokumen RM 30.00

Syarat Sebut Harga

1.         Sebut harga dipelawa daripada  kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred G1 dengan pengkhususan kategori kejuteraan awam (CE) dengan Kod Bidang CE01 atau CE21 berdaftar di Daerah Hulu Langat adalah dibenarkan untuk menyertai sebut harga ini.

 

2.         Pejabat ini menjemput tuan mengemukakan sebut harga untuk kerja-kerja di atas. Sila kemukakan borang sebut harga yang telah diisi ke dalam sampul surat dan kemudiannya dimeterai serta alamatkan kepada Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat. 

 

3.         Kontraktor yang mempunyai kerja-kerja dalam tangan di bawa Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat adalah tidak layak menyertai sebut harga ini dan tida akan dipertimbangkan.

 

4.         Borang sebut harga boleh diperoleh secara ONLINE menerusi Sistem Tender Online Selangor di tender.selangor.my mulai 8 Ogos 2022 (Isnin) hingga 15 Ogos 2022 (Isnin). Semua borang sebut harga yang telah lengkap diisikan dan dimeterai hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga di Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada  15 Ogos 2022 (Isnin).

5.         Sila tuliskan di bahagian sebelah atas kiri sampul surat tersebut nama projek, nombor sebut harga, masa dan juga tarikh seperti yang tersebut di atas.

 

6.         Borang sebut harga akan dibatalkan sekiranya terdapat:

 

(i)            Sebarang pindaan tanpa tandatangan ringkas.

(ii)           Kiraan yang salah.

(iii)          Borang yang tidak lengkap diisi.

(iv)          Borang yang dihantar lewat pada tarikh dan masa tutup sebut harga.

(v)           Borang yang dikemukakan lebih dari satu daripada syarikat yang sama.

(vi)          Tidak menyertakan salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB), Salinan Pendaftaran UPEN yang masih sah tempoh pendaftaran, dan Resit asal pembelian sebut harga.

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G1) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM200,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE01 PEMBINAAN JALAN DAN PAVMEN

ATAU

CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis