MBSJ : NOTIS MAKLUMAN TARIKH AKHIR SERAHAN DOKUMEN TENDER/ SEBUT HARGA

5 Aug 2021 • Oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya untuk CADANGAN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN DAN KEBERSIHAN PERSEKITARAN : i. KOMPLEKS 3K SERDANG RAYA, SERI KEMBANGAN, SELANGOR ii. DEWAN SERBAGUNA MBSJ SERI KEMBANGAN, SELANGOR

MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA

 

NOTIS MAKLUMAN TARIKH AKHIR SERAHAN DOKUMEN

 

TENDER/ SEBUT HARGA

 

 Adalah dimaklumkan bahawa, tarikh akhir serahan dokumen Tender/Sebut Harga sepertimana dinyatakan sebelum ini adalah selewatnya-lewatnya pada 16 Ogos 2021 dan 19 Ogos 2021 sebelum jam 12.00 tengah hari dan dokumen boleh di hantar melalui pos berdaftar/perkhidmatan kurier sepertimana yang dinyatakan di dalam Arahan Kepada Petender.

 

Petender yang ingin membuat serahan tangan diminta untuk membuat temujanji lebih awal kerana tertakluk kepada had maksimum 32 temujanji setiap hari. Majlis tidak akan  bertanggungajawab terhadap kegagalan petender untuk mendapatkan temujanji disebabkan permohonan disaat-saat akhir. Temujanji boleh dibuat dengan menghubungi di talian 03-8026 4382/4381.

 

Untuk makluman, tarikh serahan dokumen ini juga tidak akan dilanjutkan lagi dan petender perlu memastikan dokumen selamat dihantar ke alamat dan waktu yang telah ditetapkan.

 

Petender yang hadir temujanji adalah perlu untuk sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Datuk Bandar

Majlis Bandaraya Subang Jaya