MBSJ : NOTIS MAKLUMAN LANJUTAN TENDER/SEBUT HARGA & SOP PENYERAHAN DOKUMEN

2 Aug 2021 • Oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya untuk PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN DAN KEBERSIHAN PERSEKITARAN : i. PADANG BOLA SEPAK MBSJ, JALAN UTAMA 1/4, PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN ii. PADANG BOLA SEPAK MBSJ, JALAN UTAMA 4, SELANGOR DARUL EHSAN

Adalah dimaklumkan bahawa, Tender/Sebut Harga yang tutup pada 2 Ogos 2021 akan dilanjutkan ke 16 Ogos 2021. Memandangkan kita masih lagi berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), petender adalah disaran untuk membuat penyerahan dokumen tender/sebut harga melalui pos berdaftar/perkhidmatan kurier sepertimana yang dinyatakan di dalam Arahan Kepada Petender di alamat sepertimana dibawah dan hendaklah sampai sebelum atau tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari pada tarikh dan masa tender/sebut harga ditutup :-

 

                       Peti Tawaran,

                      Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan,

                      Aras 3, Majlis Bandaraya Subang Jaya,

                      Persiaran Perpaduan, USJ 5,

                      47610 Subang Jaya,

                      Selangor Darul Ehsan.

 

Walau bagaimanapun, sekiranya petender ingin membuat secara serahan tangan, petender perlu membuat temujanji lebih awal dengan menghubungi talian 03-8026 4382/4381. Ianya terhad kepada 32 orang setiap hari mengikut masa yang ditetapkan bermula 2 Ogos 2021.

 

Serahan dokumen tender/sebut harga secara walk-in adalah TIDAK DIBENARKAN bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku terutamanya semasa situasi terkini penularan COVID-19. Pihak Majlis juga tidak bertanggungjawab ke atas ketidakpatuhan petender kepada peraturan dan garis panduan tersebut.

 

Petender diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Petender juga dinasihatkan untuk tidak menunggu hingga hari terakhir bagi membuat temujanji tersebut.

 

 Sekian, terima kasih.