MBSJ : NOTIS MAKLUMAN LANJUTAN TARIKH TUTUP TENDER / SEBUT HARGA BERIKUTAN PELAKSANAAN PKP & PKPD NEGERI SELANGOR

2 Jul 2021 • Oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya untuk KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI JALAN KP 2/1, KP 2/2, KP 2/3, KP 2/4, KP 2/5, KP 2/6, DAN KP 2/7, KOTA PERDANA, SELANGOR DARUL EHSAN.

Selaras dengan arahan oleh pihak kerajaan berkenaan pelaksanaan PKP & PKPD di seluruh negeri Selangor berkenaan dengan situasi terkini penularan Covid-19, adalah dimaklumkan bahawa semua tarikh tutup Tender & Sebut harga MBSJ akan dilanjutkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Sila rujuk ke Laman Web ini semula dari masa ke semasa untuk mengetahui tentang pindaan tarikh-tarikh tersebut yang akan dipaparkan kemudian. Harap maklum.