Bantuan

Agensi (5 artikel)
Bantuan untuk agensi

Agensi perlu memaklumkan syarikat yang proses pendaftaran syarikat dan pengesahan maklumat (termasuk dokumen ) adalah dibuat secara online di Sistem Tender Online Selangor 2.0
Agensi perlu merujuk kepada pautan ini untuk meluluskan Kelulusan Pendaftaran Buat masa ini, kelulusan pendaftaran syarikat akan dibuat oleh Pentadbir Sistem Tender Online Selangor.
Agensi perlu mencipta satu fail untuk setiap syarikat yang telah berdaftar dengan Sistem Tender Online Selangor 2.0 ini dan menyimpan salinan sijil kementerian kewangan, CIDB, taraf bumiputra (PKK dan MOF) jika ada dan borang 9, 13 @ D yang wajib dimuat naik oleh syarikat untuk proses pengesahan.
Agensi perlu meluluskan pendaftaran syarikat jika maklumat yang direkod adalah betul dan benar mengikut lampiran yang dimuat naik oleh syarikat. Jika maklumat yang direkod oleh syarikat tidak betul/bercanggah atau meragukan dengan lampiran yang dimuatnaik, agensi perlu menolak permohonan kelulusan tersebut dan memasukkan alasan penolakan supaya syarikat dapat informasi berkenaan penolakan tersebut dan boleh melakukan langkah-langkah yang sewajarnya megikut arahan di dalam 'alasan penolakan' tersebut.
Sila teliti permasalahan kontraktor dan rujuk kelayakan kontraktor berdasarkan kod bidang dan syarat-syarat yang telah agensi tetapkan ke atas sesuatu sebutharga/tender seperti kod bidang, status bumiputera, daerah, kehadiran lawatan tapak/taklimat dan sebagainya.

Sekiranya permasalahan adalah melibatkan sijil MOF/CIDB yang tidak dikemaskini, sila bantu kontraktor dengan memaklumkan permintaan pengemaskinian boleh dilaksanakan secara online melalui sistem. Sila rujuk Bantuan Untuk Kontraktor.